Rumah ni dibina pada tahun berapa pun tak pasti. Tapi turun temurun diwarisi sampai lah opah belah ayah saya. Keluarga opah saya ni kaya raya.
Opah Meninggal Dunia, Tinggalkan Aku Rumah, Mak BERKERAS Tak Bagi Aku Tinggal Di Rumah Tu, Tapi Aku Degil, Malam Tu Satu Perkara NGERI Berlaku ! |
Rumah besar 2tingkat di tanah sebesar padang bola betul-betul di tepi jalan utama. 2pokok durian yang besar seperti pintu gerbang di jalan masuk kerumah ni.
ARTIKEL MENARIK:Suami 3 Bulan Kerja Offshore, Balik Rumah Isteri Jumpa Kondom Dlm Beg, TAPI Jawapan Suami Buat Isteri TERDUDUK !
loading...
Tahun 1985 ayah dan mak berkahwin atas dasar cinta, disebabkan ayah tak ikut pilihan mak dia, dia tak dapat 1sen pun harta dari keluarga dia. Sedangkan dia anak yang pertama. Tapi sikit pun dia tak kisah. Selepas kahwin dia hidup biasa-biasa dirumah kecil yang kami tinggal sampai sekarang yang jauhnya 1kilometer je dari rumah opah. Mak berasal dari keluarga yang bukan senang. Opah belah mak penoreh getah saja.
Bila malam pertama mak tidur kat situ(rumah opah), dia terjaga tengah pagi dalam pukul 3 macam tu dan ternampak 1 lembaga dekat pintu bilik. Terus dia sambung tidur. Esoknya dia ceritakan dekat ayah, ayah jawab takde pape. Itu penjaga je. Start dari haritu ayah tak bagi mak tidur situ. Ada kenduri atau masak-masak nak hari raya pukul 1 atau 2 pagi siap, mesti balik rumah.
Tahun 1986 abang saya lahir. Abang dimanjakan dengan kemewahan oleh opah belah ayah. Dari baju hingga ke barang mainan semuanya dibelikan opah.
Setiap hari dia pasti akan datang jenguk cucu dia yang pertama ni. Dan setiap harilah ada je barang dia bawak untuk abang.
Tahun 1987 saya lahir. Sikit pun opah saya ni tak amek port. Saya dimanjakan oleh opah belah mak saya.
Bila saya darjah 3, abang darjah 4 kami dah selalu keluar malam bila hari cuti. Limit keluar pukul 10 mesti kena balik. Kalau tak mesti ayah cari. Jadi alasan tak nak balik rumah kami bagitau family kami tidur rumah opah. Bila saya tidur kat situ opah layan saya macam orang asing. Makan nasi dengan telur goreng. Air masak je bagi minum. Abang plak makan siap lauk ayam, telur, kicap sume cukup. Air minum milo kadang-kadang susu. 1hari tu abang pergi camping sekolah. Jadi saya pergi tidur rumah opah. Dengan harapan saya dapat plak dimanjakan. Tapi hampeh…
Malam tu saya tidur sorang. Selalu nya tidur dengan abang. Dalam pukul 10 camtu dah bentang tilam depan tv, tengah syok-syok tengok tv dengar orang berlari-lari dekat atas. Yelah, rumah papan.. Pijak papan mesti ada bunyi. Ni kan pulak orang berlari-lari. Saya Terus pergi bilik opah dan bagitahu ada orang dekat atas. Opah bangun terus pergi dekat tangga tapi tak naik pun. Dia jerit “hoi diam sikit. Ini pun cucu aku. Dia nak tidur” terus tak dengar pape dah lepas tu. Esok pagi bangun tidur basuh muka terus balik rumah citer dekat mak. Mak pesan jangan pergi tidur kat rumah tu lagi. Tapi saya degil. Yelah, kalau tak tidur situ tak boleh melepak dengan kawan-kawan sampai lewat malam. Pukul 10 nak kena balik dah. Kalau tidur rumah opah belah mak cuma boleh keluar pergi surau je. Lepastu kena balik tak boleh keluar. Lepas dari kejadian tu takde apa-apa yang pelik berlaku bila tidur kat situ.
Sampailah saya dah sekolah menengah. Abang dari dia tingkatan1 dia dah tak duduk dengan mak. Dia duduk dengan opah. Opah minta dia temankan. Dah ada moto ex5 opah belikan. Belanja sekolah rm10 sehari. Sedangkan saya cuma rm1.50 cukup-cukup makan kat kantin. Tapi takpelah, abang selalu belanja makan. Rokok pun dia belanja tiap-tiap hari. Setiap hari balik sekolah dia akan bawa saya lepak dekat rumah opah. Saya pun suka lepak dekat rumah opah. Lepak dekat sini merokok macam orang besar. Opah tak pernah marah. Bila petang sebelum ayah balik kerja abang akan hantar saya balik. Sampai lah 1hari ni opah pergi rombongan orang kat kampung tu buat. Bila malam tu adalah kawan-kawan datang melepak sama. Yelah.. Rumah line clear. Sebelum ni opah memang tak bagi bawak kawan datang lepak dalam rumah malam-malam. Luar rumah okey. Malam tu 7orang termasuk saya dan abang. Kami main kad kat ruang tengok tv. Bentang tilam siap-siap. Ada lah sorang ni nak ke tandas. Tetiba die menjerit terus lari kat kami. Dengan muka pucat kami tanya kenapa, dia tak jawab. Rilek bagi minum air rokok sebatang lepas dia dah okey tu dia cakap dia nampak opah masa bukak pintu bilik air. Kami semua tergamam. Abang pun bersuara “jangan merepeklah. Opah aku pergi rombongan”. Bila dah semuanya okey kami sambung main kad. Dah lewat tu semua pun tidur. Bila saya bangun tidur saya tengok ada abang je kat sebelah. Saya bangunkan abang tanya mana yang lain. Dengan mamai die jawab dah balik kot. Tengok pintu elok je berkunci dari dalam. Saya terus bangun kan abang bagitau kat dia. Dia pun bangun kami pun cari. Rupenya Sorang dekat bawah tangga dalam rumah. Sorang dekat dalam palong tangga luar rumah. Yang lain dekat kiri, kanan dan belakang rumah. Bila bangun kan dorang tanya kenapa tidur kat sini dorang pun pelik. Sebab semua tidur kat atas tilam depan tv mlm tadi. Start dari haritu takde lah kawan-kawan tidur kat situ lagi. Lepak luar rumah pukul 3 4 pagi pun balik jugak.
Sampailah bln 10 tahun 2004 ayah jatuh sakit dan meninggal. Sebulan sebelum tu ayah ada pesan dekat abang. Kalau dia dah takde, duduk lah rumah mak. Jaga mak dengan adik-adik. Masa ni pun abang dah habis sekolah. Sambung belajar giat mara dekat kampung sebelah. Tahlil pun buat dekat rumah opah, rumah besar.. Senang nak buat kenduri. Malam tahlil ke3 tu ada lah sorang macam ustaz gaya nya jumpa kami. Dia pesan hati-hati bila bercakap dengan opah. Banyak dia pesan. Banyak kali suruh berhati-hati. Kami pun angguk je lah sebab masa ni dah besar. Banyak cerita yang kami dah dengar dari orang-orang kampung. Cuma nak percaya dengan tak je. Sebab dari cerita-cerita yang saya dengar tu tak pernah lagi saya jumpa dekat rumah tu. Lepas dah sebulan lebih ayah meninggal opah dengan anak-anak dia datang serang mak. Konon nya nak pisahkan abang dengan opah. Walaupun abang 5tahun tak duduk dengan mak, tapi dia tetap sayang mak. Anak mana yang tak sayang mak dia kan. Abang mengamuk. Opah dengan pakcik makcik kena maki sebab kurang ajar dengan mak. Start dari haritu bergaduh lah kami dengan opah. Tak jejak kaki lagi dah dekat rumah tu.
Tahun 2008 masa tu lepas isyak, opah meninggal. Aku dan abang kerja di kolumpo masa ni. Balik lah kami ke rumah opah. Mak tak ikut sama sebab tak nak lah ade kekecohan nanti Kot-kot ada ipar-ipar yang masih berdendam tak puas hati ke. Penuh lah rumah ni pakcik makcik adik beradik opah saya pun ada. Saya tanya abang, nak tidur sini ke malam ni? Dia tak nak. Tak sedap hati katanya. Besok pukul 9 macam tu habis kebumi pakcik saya sorang ni panggil abang. Diorang nak berbincang. Pakcik makcik atuk nenek sedara semua ada berbincang. Saya tak masuk rumah tu duduk lepak kat luar je sebab dorang kata saya tak perlu dengar. Lepas tu dah habis berbincang abang ajak saya balik. Sampai rumah mak, abang bagitau yang dia dipertanggungjawabkan untuk jaga rumah tu sebab dia cucu pertama. Mak melarang sekeras-kerasnya abang ambik rumah tu sebab mak tahu cerita pasal rumah tu cuma dia taknak cerita. Kesudahan nya abang taknak duduk rumah tu, sampai lah sekarang rumah tu bertukar-tukar penyewa. Pernah ada keluarga indon menyewa. 2minggu je tak tahan dia keluar. Keluarga bekas askar pulak menyewa.. Pun sama.. Tak tahan dengan gangguan, keluar terus.
Pernah kawan saya seorang polis dikampung tu ceritakan, tengah meronda 1malam ni dekat pokok durian depan rumah opah saya tu, 3orang tengah berenang-renang.. Bila dah ditangkap bawa kebalai, diorang dah sedar dan ceritakan yang diorang sebenarnya pencuri cuba untuk pecah masuk rumah tu. Belum sampai depan pintu rumah tu tiba-tiba diorang ada dekat empangan air. Itu yang diorang berenang-renang. Banyak lagi yang kawan saya ceritakan.. Ada yang Jatuh kena tolak masa panjat pokok maggis, ada sorang ni masa tengah amik rambutan, galah yang ada dekat pokok tu jatuh dekat kawan saya. Tapi galah tu jatuh macam ada seseorang yang pegang pastu libas dekat kawan saya. Pernah jugak kawan cerita dibaling sesuatu dekat kepala masa tengah cari durian dibelakang rumah. Dan banyak lagi cerita-cerita seram pasal rumah ni diceritakan pada saya.
Tapi tak tahulah nak percaya atau tak cerita mereka. Saya Selama ni tak pernah lagi kena kacau macam tu. Persoalan nya, adakah rumah ni ada saka atau hantu raya sebagai penjaganya?
Post a Comment