Kes Cerai Dengan Isteri Pertama : Adi Putra Sekali Lagi Gagal Hadir Ke Mahkamah

Kes Cerai Dengan Isteri Pertama : Adi Putra Sekali Lagi Gagal Hadir Ke Mahkamah

Pelakon Adi Putra sekali lagi gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan kes cerai bersama isteri pertamanya, Aida Yusof pada pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Kes Cerai Dengan Isteri Pertama : Adi Putra Sekali Lagi Gagal Hadir Ke Mahkamah
Kes Cerai Dengan Isteri Pertama : Adi Putra Sekali Lagi Gagal Hadir Ke Mahkamah

Difahamkan, Aida sudah hadir di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dan meninggalkan dewan mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.

ARTIKEL MENARIK: Azmi Hatta & Faye Kusairi Nikah Dalam Majlis Tertutup

loading...
Wartawan yang hadir sempat untuk bertemu dengan Aida, tetapi wanita itu enggan memberikan sebarang komen mengenai masalah rumah tangganya. Pihak mahkamah juga tidak mahu mendedahkan perkembangan lanjut kes cerai tersebut.

Sebelum ini, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim bertugas, Tuan Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi tanggal 31 Mac lepas. Namun, beliau turut tidak muncul.



Adi dan Aida mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun. Adi kemudian berkahwin dengan , Norshahida Dzolkifly yang merupakan janda anak satu pada 20 Jun 2016.

Sumber Berita : mStar Online
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post