Jakim Panggil Siti Kasim Ambil Keterangan Berkaitan Kewujudan Tuhan Yang Dianggap Terpesong

Jakim Panggil Siti Kasim Ambil Keterangan Berkaitan Kewujudan Tuhan Yang Dianggap Terpesong

Pasir Puteh – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Jakim Panggil Siti Kasim Ambil Keterangan Berkaitan Kewujudan Tuhan Yang Dianggap Terpesong
Jakim Panggil Siti Kasim Ambil Keterangan Berkaitan Kewujudan Tuhan Yang Dianggap Terpesong

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya terdapat kesalahan maka Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan.


ARTIKEL MENARIK:"@NajibRazak, Perut Tu Cover Sikit" - Najib Balas Tweet Lelaki Ini Bila Ditegur Suruh Cover Perut

loading...

“Jakim tiada kuasa untuk mengambil tindakan hanya Jabatan Agama Islam Negeri sahaja yang ada kuasa mengambil tindakan mengikut apa jua kuasa mengikut enakmen berkaitan jenayah, akidah serta penyebaran perkara yang boleh merosakkan agama Islam,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini, hari ini.

Beliau berkata buat masa sekarang, Jakim mengambil pendekatan memanggil Siti Kasim untuk berbincang mengenai kenyataannya itu.

“Kita bukannya mahu menjatuhkan maruahnya, adakah benar apa yang dikatakan. Kita mahu dengar dahulu daripada mulut dia sendiri tetapi apabila dipanggil jangan pula tidak hadir,” katanya.

Asyraf Wajdi mengulas kenyataan Siti Kasim dalam rancangan temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah. – Bernama


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post