Mocoa, Colombia: Anggota pasukan penyelamat bekerja keras dalam gerakan mencari dan menyelamat lebih 200 orang yang yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh melanda perkampungan di selatan negara itu.
18 Gambar 206 Terbunuh, 220 Hilang Kejadian Tanah Runtuh |
Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan 206 orang terbunuh, 202 cedera dan 220 lagi masih hilang selepas 17 kawasan penempatan dilanda tanah runtuh itu, semalam.
ARTIKEL MENARIK:Bapa OKU Maut Dipukul Orang Kampung, Dituduh Rogol Anak Sendiri
loading...
Anggota penyelamat bergerak perlahan dalam lumpur dan celah batu besar bagi mencari mereka yang mungkin terselamat di Mocoa, dekat sempadan Ecuador.
Pengarah Agensi Bencana Kebangsaan Colombia, Carlos Ivan Marquez, berkata kejadian itu berlaku akibat limpahan air Sungai Mocoa.
Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, yang mengisytiharkan darurat di wilayah itu berkata: “Jumlah hujan pada Jumaat malam ialah kira-kira 130 milimeter hujan, menyamai 30 peratus hujan bulanan yang mencetuskan tanah runtuh.”
Post a Comment