Header Ads

(8 Gambar) 'Semalam Sempat Bergurau, Hari Ini...'

loading...

Chukai - Wanita bersama anak lelakinya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 264.1, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Perasing, hari ini adalah anak dan cucu kepada Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kepten Maritim Zainol Abidin Jusoh.

(8 Gambar) 'Semalam Sempat Bergurau, Hari Ini...'
(8 Gambar) 'Semalam Sempat Bergurau, Hari Ini...'

Menurut Zainol Abidin, dia sedih dengan kehilangan anaknya, Fatimah Al Zahrah,32, dan cucunya, Al Fateh Mohd Shahrulnizam,3.


ARTIKEL MENARIK: (13 Gambar & Video) Kanak-Kanak Maut, 4 Parah Kemalangan Dekat RnR Seremban

loading...

Katanya, mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Shah Alam selepas bercuti di Pulau Redang sejak dua hari lalu dengan menaiki dua kenderaan.

"Semalam, saya sempat bergurau dengan mereka tetapi tak sangka hari ini mereka meninggalkan kami semua," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Kemaman , di sini hari ini.

Zainol Abidin berkata, dia menaiki sebuah kenderaan lain dan mengekori kereta dinaiki empat beranak yang berada di hadapan.

"Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon memaklumkan mereka terbabit dalam kemalangan sebelum segera ke tempat kejadian.

"Sebaik sampai, anak dan seorang cucu sudah meninggal dunia dan saya reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Menurutnya, jenazah anak dan cucunya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kuang, dekat sini selepas solat Isyak.

Sementara itu, menantu Zainol Abidin, Mohd Shahrulnizam Alias hanya cedera ringan manakala anak sulungnya, Al Faris, 6, yang patah paha dan kaki kiri menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, dua beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.



nahas%2B1.jpg

nahas%2B3.jpg

nahas%2B6.jpg

nahas%2B8.jpg

nahas.jpg

nahas%2B4.jpg

nahas%2B7.jpg

nahas%2B2.jpg
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.