Wakil rakyat BN berang air kosong dikenakan 70 sen

Wakil rakyat BN berang air kosong dikenakan 70 sen

Wakil rakyat Gerakan itu mahu penjelasan untuk segelas air kosong dikenakan 70 sen di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Wakil rakyat BN berang air kosong dikenakan 70 sen
Wakil rakyat BN berang air kosong dikenakan 70 sen

Keadaan ekonomi mungkin sukar, tetapi tiada sebab untuk peniaga mengenakan 70 sen bagi segelas air kosong, kata ahli Parlimen Simpang Renggam.


ARTIKEL MENARIK: Sultan Johor Cuba Dirasuah RM2 Juta, Ketua Pesuruhjaya SPRM Menghadap Sultan Johor

loading...

Liang Teck Meng yang dipetik The Star berkata, baru-baru ini beliau dikenakan 70 sen untuk segelas air kosong di sebuah restoran di Jalan Alor dan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan kekurangan penguatkuasaan berhubung isu itu.

“Restoran lain hanya mengenakan 30 sen, ada pula yang memberinya secara percuma.

“Kementerian perlu menjelaskan kelemahan dalam penguatkuasaan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat.
Menurut laporan itu, Liang berkata, restoran berkenaan tidak berhawa dingin dan beliau dilayan pekerja asing.

Kenyataan Liang susulan gesaan Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj pada 24 Mac lalu yang meminta kerajaan mendedahkan mekanisme kawalan harga barang keperluaan asas.

Katanya, kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan bagi menangkap peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga ekoran kenaikan harga barang keperluan asas.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong yang dipetik The Star berkata, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 meliputi semua perkara yang disenaraikan di bawah undang-undang di semua lokasi.

Katanya, kenaikan harga barangan tertentu disebabkan kos tambahan yang ditanggung seperti kos pengangkutan.
BACA TOP 3 INI JUGA:
'Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti' - Mohd Nakhaie Ahmad
Berniaga Depan Rumah Pun Kena Saman, Lelaki Ini Dedahkan Perangai Pihak Berkuasa
Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post