Header Ads

'Saya tak gila nak bina rumah 30 tingkat di Padang Rengas' - Nazri

loading...

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak dakwaan kawasan Parlimen Padang Rengas yang diwakilinya, kelihatan tidak terjaga.

'Saya tak gila nak bina rumah 30 tingkat di Padang Rengas' - Nazri
'Saya tak gila nak bina rumah 30 tingkat di Padang Rengas' - Nazri

"Kawasan saya adalah sama seperti kawasannya (Tun Dr Mahathir Mohamad) di Kubang Pasu. Di kawasan luar bandar, tak ada bangunan tinggi.

ARTIKEL MENARIK: Siti Kassim Jahil Agama, Menjurus Ke Arah Murtad – Mufti P.Pinang

loading...

"Saya tak gila nak bina bangunan 30 tingkat di Padang Rengas, ia hanya sebuah kampung. Saya belum gila lagi," kata Mohamed Nazri ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam, Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengadakan lawatan ke Padang Rengas dan mengatakan kawasan itu tidak kelihatan seperti di bawah jagaan seorang menteri kabinet.

"Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri, nampak tak macam kawasan menteri. Rumah robek macam tu juga.
"Barangkali tumpu kawasan lain kot, kawasan sendiri tak boleh nak jaga, macam mana nak jaga negara," kata Mahathir.

Nazri berkata Padang Rengas membawa banyak manfaat kepada penduduk luar bandar seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan laluan ke Lebuhraya Utara-Selatan.
Katanya, beliau sendiri mendapatkan pembiayaan dari kerajaan untuk lebih banyak kemudahan jalan raya di kawasan itu.

"Kalau dia (Mahathir) menjangka saya akan membina beberapa bangunan tinggi, saya belum gila lagi untuk berbuat demikian.
"Kerana semua rakyat kita, sama ada Cina, India, Melayu, rumah kita semua di bawah (bukan bertingkat).

"Kita tak ada budaya tinggal di bangunan tinggi (di Padang Rengas)," katanya.
Nazri sebelum ini mencabar Mahathir bertanding di Padang Rengas selepas mendapat tahu bekas perdana menteri itu mahu membuat lawatan ke kawasan itu.
Selepas perang mulut yang berlarutan di antara kedua-duanya, mereka bersetuju mengadakan debat di Kuala Kangsar yang dijaduakan semalam.

Bagaimanapun, pihak polis tidak membenarkan debat itu diadakan atas faktor-faktor keselamatan.
Kedua-dua mereka semalam menikmati cendol dan laksa bersama-sama dalam satu pertemuan tidak dirancang di Kuala Kangsar.

Sumber:Malaysiakini

BACA TOP 3 INI JUGA:

  1. Siapakah Siti Kassim Yang Sebenarnya? Antara Manusia Yang Perlu Diberi PERHATIAN di Malaysia Ketika Ini.
  2. 'Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti' - Mohd Nakhaie Ahmad
  3. Berniaga Depan Rumah Pun Kena Saman, Lelaki Ini Dedahkan Perangai Pihak Berkuasa


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.