Mayat Bayi di Letak di Surau Berserta NOTA Minta di Kafankan, Tapi Bayi Tersebut Masih Belum Meninggal
Mayat bayi perempuan ditemui bersama nota. FOTO ihsan PDRM |
Putrajaya: Mayat bayi perempuan ditemui dalam beg di Surau As Siddiq Fasa 5 dan 6, Blok 5A, Presint 9, di sini kira-kira 8.30 malam tadi.. Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat dan bertali pusat itu ditemui orang awam di atas rak kasut yang terletak di luar surau berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:
1. Inilah Hasilnya Bila CCTV Dipasang Dalam Tandas Yang Amat Mengejutkan
2. Dua Gadis 15 Tahun Ditahan Selepas Cuba Merogol Seorang Lelaki. Astaghfirullah !
3. “Saya Mahu Bersalin Di Luar Negara, Takut Bakal Bayi Dibomohkan Oleh Pendengki” – Coco Akui Hamil
4. Isteri Tergamam, Jumpa Zakar Palsu & Tompak Darah Di Seluar Suami, Bongkar Siapa SEBENAR Suaminya
5. KANTOiiiiii!!!!! Buat Malu Jer!! Kelakuan Lelaki Ini Berjaya Dirakam!! Lihatlah Apa Yang di Lakukan Pada Gadis Ini Memang MENGEJUTKAN.....
loading...
Mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dibalut dengan sehelai tuala dan jersi berwarna biru yang diletakkan dalam beg kitar semula juga berwarna biru.
Turut disertakan nota bertulisan tangan, "Assalamualaikum, kepada orang-orang surau . Tolong mandi dan kafankan bayi ini. Saya tak ada sesiapa nak minta tolong. Harap pertolongan ini dapat dibantu. Terima kasih. Pertolongan dapat dihargai. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa-jasa orang-orang surau".
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan penemuan mayat bayi berkenaan.
"Sepasukan pegawai dan anggota diarah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. Masa kematian belum dapat dipastikan.
"Mayat sudah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat,"katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 12:20 AM
Post a Comment