Kuota Pinjaman Pendidikan Dipotong Kerana Dana Disalur Untuk Tujuan Politik menteri - ini pendedahan penuh Ahmad Idham
Kuota Pinjaman Pendidikan Dipotong Kerana Dana Disalur Untuk Tujuan Politik menteri - ini pendedahan penuh Ahmad Idham |
Sebelum ini kecoh di media sosial pengarah terkenal tanahair, Ahmad Idham yang mempersoalkan tindakan kerajaan memotong dana pendidikan sehingga menyebabkan ramai belia miskin tidak dapat sambung belajar akibat berdepan dengan masalah kewangan.
ARTIKEL MENARIK:
1. "Betapa bencinya keluarga dia kepada saya.." - Fasha Sandha Akhirnya Dedah Perangai Jejai Dan Keluarga yang membuatkan ramai peminatnya melenting...!!
2. Konsert Ben Nathan Yang Pertama Selepas Hidup Gelandangan
3. Rakaman Artis Wanita Sedang Mabuk dan Leka Memeluk VIP Tersebar. Femes Melalui Drama Slot TV3 Ketika Ini
4. AKHIRNYA..Ini Respon Nora Danish Yang Ditunggu Ramai, Kahwin Nedim Hujung Bulan Ini
5. Penjelasan Herman Tino Akui Menumpang Populariti Aiman Tino Selepas Hafiz Suip
loading...
Kritikan itu kemudiannya disusuli dengan sindiran pedas Ahmad Idham yang menulis di Twitternya, rakyat terbeban dengan kos sara hidup dan kenaikan harga minyak namun dalam masa yang sama pemimpin masih sibuk dengan gaya hidup mewah.
Kritikan itu kemudiannya mendapat perhatian dari cybertroopers UMNO dan Ahmad Idham diserang oleh pasukan media pro kerajaan demi mempertahankan kepimpinan Barisan Nasional.
Baru reda dengan isu lama kini timbul pula dakwaan kononnya pemotongan kuota pendidikan belia disebabkan dana yang ada telah disalurkan kepada menteri tertentu bagi tujuan kempen politik.
Dakwaan itu dinyatakan oleh Ahmad Idham di akaun laman sosial miliknya;
"Mencari kebenaran di sebalik pemotongan kuota pinjaman. Desas desus mengatakan duit disalur ke political fund menteri untuk coming election", tulisnya di Twitter.
Menurut Ahmad Idham maklumat tersebut diperolehi dari 'orang dalam' dan beliau agak terkejut dengan pendedahan tersebut.
"Patutlah sehingga kini pegawai atasan diam je tak bagi feedback. Then nasib belia nak belajar macam mana?", soal Ahmad Idham lagi.
Dalam pada itu, penyokong Najib yang membaca tweet berkenaan memberikan respon agar Ahmad Idham segera membuat laporan SPRM jika ada bukti.
Ada yang menyerang Ahmad Idham dan memintanya berhenti dari menyebarkan perkara yang bukan-bukan. Tinjauan kami mendapati sesetengahnya menyokong kenyataan Ahmad Idham manakala sesetengah yang lain mendesak agar nama menteri tersebut didedahkan jika dakwaan itu benar.amenoworld.org
Post a Comment