Header Ads

Mengejutkan!! Dulu Pondan Yang Sangat Cun, Tapi Kini Dia Pendakwah Terkenal

loading...

PERNAH dihina sejak kecil hanya kerana memiliki naluri wanita mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia mak nyah.

Dulu Pondan Yang Sangat Cun, Tapi Kini Dia Pendakwah Terkenal
Dulu Pondan Yang Sangat Cun, Tapi Kini Dia Pendakwah Terkenal-Gambar Hiasan
Lebih malang, dia pernah diperdagangkan sebagai pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun.


ARTIKEL MENARIK:
1. Pelajar Perempuan Tingkatan 2 Mengandung 7 Bulan Hasil Hubungan Zina Dengan Teman Lelaki Tingkatan 5.. "Saya tak tahu itu zina. Saya ingat main-main sahaja, ucap Si perempuan lepas PERMAINAN TAMAT. SEMOGA MENJADI PENGAJARAN!!!

2. SAYU “mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu” sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,jom baca kisah leleh ini

3. Isteri PELIK Kerana Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama, RUPA-RUPANYA Segalanya TERJAWAB Apabila Isteri Terlihat...

4. Luahan Hati Isteri Terluka Dipulau Ibu Mertua & Adik Beradik Suami

5. Beria-Ria Abang Ipar Suruh Balik Kampung..Pagi Tu 'SARAPAN' Suami Rebah,Rupanya Mereka...

Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini bergelar guru, Khairiri mengisi masanya dengan aktiviti kemasyarakatan. Hasrat hatinya cuma satu, iaitu menjadi daie untuk menarik golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.


Wajah Cikgu Erin ketika bergelar mak nyah. Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kekal cantik.

Bagi Khariri, perubahan yang dilakukan memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat.

"Apa yang penting kita perlu mempunyai niat untuk berubah. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Wajah Erin ketika bergelar mak nyah. Dia sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk kekal cantik.

Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa perubahan.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Namun saya akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali dunia mak nyah ini.

"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya itu.

Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh dengan kemaksiatan itu.

"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.

"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan," katanya.

Cikgu Erin bersama-sama dengan anak muridnya. Dia disayangi pelajar kerana sikap ramahnya.

Cikgu Erin bersama-sama dengan anak muridnya. Dia disayangi pelajar kerana sikap ramahnya.

Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.

"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut.

"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang hanya mengenakan bayaran serendah RM10.

Khairiri Mohamad Ramli (baju tajaan butik Najib) bersama dengan Hamidi.

Selepas berhijrah ke hidup yang lebih berpijak di bumi nyata, anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui ia bukan sesuatu yang mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.

"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha amal, seiring cita-cita saya untuk menjadi daie bagi mendekati golongan mak nyah supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang.

"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang ke sekolah agama dan dari keluarga bermasalah.

"Mereka akan diajar ilmu fardhu ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang mengenakan bayaran serendah RM10 sahaja.

Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali pertama bertemu Khairiri.

"Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki," katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada 2010.

Hamidi berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan hidupnya.

"Di sekolah ini tidak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di pejabatnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya.

"Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting, pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya.






________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.