SAYU “mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu” sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,jom baca kisah leleh ini

SAYU “mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu” sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,jom baca kisah leleh ini

SAYU ''mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu'' sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,jom baca kisah leleh ini

SAYU ''mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu'' sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,jom baca kisah leleh ini

SAYU ''mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu'' sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,jom baca kisah leleh ini

SAYU ''mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu'' sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,jom baca kisah leleh ini


ARTIKEL MENARIK: 
1. Isteri PELIK Kerana Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama, RUPA-RUPANYA Segalanya TERJAWAB Apabila Isteri Terlihat...

2. Luahan Hati Isteri Terluka Dipulau Ibu Mertua & Adik Beradik Suami

3. Beria-Ria Abang Ipar Suruh Balik Kampung..Pagi Tu 'SARAPAN' Suami Rebah,Rupanya Mereka...

4.  Dihina Mertua Belajar Tak Pandai..3 Tahun Lepas Tu Suami Tercengang Aku Dah Ada…

5. Rahsia BESAR Isteri TERBONGKAR Lepas Suami Jumpa Seluar Dalam & Bra BASAH Dalam Handbag !

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah kata-kata sesuai untuk menggambarkan pentingnya ibu dan ayah dalam kehidupan kita. 
Zaman kini, isu ibu dijadikan seperti orang gaji atau pengasuh anak-anak sudah seperti perkara biasa terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota raya. Mungkin ramai yang tidak pernah sedar atau terfikir mereka sudah mengajikan ibu mereka untuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah. Penulis tertarik dengan perkongsian oleh Nurulbadiah, semoga memberi kesedaran buat kita semua.
Saya tak pernah tinggalkan anak dengan pengasuh, sebab semasa saya bekerja, mak saya nak jaga anak saya. Jadi, pada masa itu, saya penat bekerja walaupun jaga anak dari jam 6 petang sampai malam sebelum tidur. Itu pun saya penat nak mampus sebab nak selesaikan kerja rumah.
Masa itu, saya belum tahu lagi erti sebenar penat menjaga anak. Bila saya balik kerja dan pergi ke rumah mak, memang rumah bersepah, dapur tak berasap. Saya selalu terfikir, adakah mak tak ada masa nak buat semua perkara itu?
Mak pun memang selalu juga mengeluh sakit-sakit badan. Mak nak solat pun kadang-kadang kena tunggu Balqis dan Alliss tidur dulu. Sudahlah mereka berdua tak suka tidur, menangis lagi, pe’el gitu gini lagi. Sampaikan mak tak makan sehingga ke petang pun, sebab tak boleh nak masak. Seorang duduk bergantung di kaki, seorang lagi menangis.
“Maafkan Along mak, kerana menyusahkan mak. Menyesal sangat. Kerana nak jaga anak saya, mak tak dapat pergi solat berjemaah di surau, tak dapat pergi usrah dan rehat pun tak dapat,”
Mujur saya tersedar awal yang mak bukanlah orang gaji atau tukang jaga anak kita walaupun mak kita memang nak jaga cucunya sendiri. Jadi, selepas saya berhenti kerja dan menjaga anak sendiri, Ya Allah, saya tak pernah rasa sepenat, seletih, sestress seperti ini semasa saya bekerja. Sumpah buat pertama kalinya dalam hidup, rasa langsung tak ada masa untuk diri sendiri. Dari pagi sampai ke malam jaga anak dan uruskan rumah tangga. Rupanya bagi saya sendiri, bekerja dan menjadi housewife 10 kali ganda lebih penat menjadi housewife.
Dari sini, barulah saya tahu erti stress menjaga anak, erti penat, erti sabar. Saya bayangkan tanggungjawab pengasuh, tidak hairanlah ada wujudnya kes dera, pengasuh tak bagus. Jujurnya, bukan mudah untuk menjaga budak. Kalau kita maknya pun yang jadi housewife ini, kadang-kadang rasa geram dan nak mengamuk apabila anak buat perangai. Kadang-kadang terlalu penat, dia buat hal, suara sendiri dah macam tarzan panggil anak. Apatah lagi kalau orang luar walaupun dibayar?
Jika saya ditakdirkan susah dan tak ada duit, bekerja sebagai pengasuh dengan gaji RM300 sebulan, merupakan pilihan terakhir saya.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, jangan pandang rendah pada orang yang mengasuh budak kerana ia bukan kerja yang senang. Jadi, berbaik-baiklah dengan pengasuh, jangan dibuat menjadi musuh. Bimbang kemarahan mereka akan dilepaskan pada anak-anak kita. Pengasuh juga adalah manusia yang boleh berasa stress seperti kita.
Kalau boleh, usahlah berkira sangat mereka. Lagi-lagi pada ibu yang berperangai kerek, lagi mental pengasuh. Ingat, anak membesar mengikut orang yang mengasuhnya. Sebab itulah kena cari pengasuh yang betul-betul baik agar anak kia membesar dengan cara asuhan yang baik. Untuk cari pengasuh yang baik, kita juga perlu menjadi ibu bapa yang baik dan tidak berkira.
Tetapi bagi saya, saya tidak sanggup nak meninggalkan anak dengan pengasuh sebab anak-anak saya sangat banyak akalnya sampaikan saya sendiri naik darah. Jadi, saya memang menjaga anak saya sendiri pada masa ini. Akan datang, saya masih belum pasti lagi. Manalah tahu andai kata ada rezeki lain yang membuatkan saya terpaksa juga menghantar anak pada pengasuh. 
Renung-renungkanlah.. Siapa tahu, mungkin ini kali terakhir untuk kita menghiburkan hati ibu kita. Jangan sia-siakan hidupnya dengan menambah beban yang sudah pernah dirasai sebelum ini. - CARI Infonet.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post