Kuala Lumpur: Ibu kepada pelakon kanak-kanak Muhammad Ariff Abdullah yang melakonkan watak Buntat dalam drama 7 Hari Mencintaiku tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mengejek fizikal anaknya.
"Realitinya Anak Saya Memang Macam Tu" - Mak Kepada Buntat Viral di TV3 |
Rosdiana Mastura Abdullah, 29, berkata, anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.
ARTIKEL MENARIK:
1. Siapa Sebenarnya BUNTAT? Ini Biodata Lengkap Dia Yg Buat Ramai Kata WOW !!!
2. 3 Momen Teruk Dan Terkesan Dalam Anugerah Melodi 2016!! Lihat KESALAHAN No 2 Sangat Memalukan!!!
3. Akhirnya Didedahkan Jua WAJAH SEBENAR KESAYANGAN RAMAI!! Jom tengok foto-foto terkini anak angkat Azharina yang terlajak comel&adorable persis ibunya sewaktu kecil!! Foto no.#6 tu dah membongkar wajah jelas beliau!!!
4. Aidil Catat Rekod Satu Lagi Pelakon Terselamat Tali Gantung
5. Rupa-Rupanya Gmie Screen Bukan Calang-Calang Orang Inilah Pekerjaan Beliau Yang Mengejutkan Anda #GegarVaganza
Menurutnya, Muhammad Ariff juga turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
"Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.
"Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.
"Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya," katanya kepada Harian Metro.
Rosdiana yang bertugas di Jabatan Kemas Kedah dan menetap di Jitra, Kedah lebih bersikap terbuka dan mengambil segala kritikan terhadap anaknya sebagai sesuatu yang positif.
"Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.
"Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan," katanya.
Semalam watak Buntat menjadi perhatian dan 'trending' di laman sosial apabila wataknya itu meninggal dunia dalam drama berkenaan yang ditayangkan di slot Akasia di TV3, semalam.
Kredit: hmetro.com.my
Post a Comment