Drama Melayu memang sembab; macam sudah kemaruk idea hingga akhirnya, maruah bangsa pun boleh digadai demi rating TV.
Drama Melayu Sembab, Kemaruk Idea Dan Gadai Maruah Bangsa |
Drama Melayu sudah sampai ke tahap menggambarkan – orientasi seksual Melayu seperti langsung tidak berbudaya. Malah, sensasinya sudah melangkaui semua aspek sosio budaya.
ARTIKEL MENARIK:
1. Nasi Kandar Anjing: Tak Tahan Dihina, Presma Tampil Dedahkan Perkara Sebenar !
2. VIDEO: Inilah Wajah Sebenar Wanita "NAVY" Yang Mencuri "MINYAK PELINCIR" Untuk Suami. Ada Sesiapa Kenal Ka? MOHON SHARE DAN VIRALKAN
3. AKHIRNYA TERBONGKAR IDENTITI SEBENAR POLIS YANG BERANI MENGHINA NAJIB. Patutlah Berani Sangat HINA Najib, Rupa-Rupanya ada udang di sebalik batu !
4. "VIDEO!!! SETANNYA PERANGAI KAU" Tergamak Kau Buat Macam Tuh.. Langsung Tak Berperikemanusiaan..
5. Korang Pernah Lihat Pemilihan Pelajar Untuk University P0rnografi? Memang Melampau Macam Dah Takde Maruah, Mari Tengok Video Bagai Mana Cara Mereka Dipilih!
Orientasi seksual Melayu seolah-olah: Ia bangsa tanpa agama. Walaupun sebenarnya, sudah lebih seribu tahun hidup dalam persekitaran moral yang dibentuk domain Islam.
Kita tidak mengharap banyak kemurnian dalam drama Melayu. Memandangkan drama hanya alat mengejar rating. Ini era idea desparado diperlukan untuk menguasai syer tontonan. Demi rating, sudut gelap libido Melayu boleh dipacu hingga tafsiran ceritanya seperti dipacu nafsu haiwan.
Dalam drama Tujuh Hari Mencintaiku (THM), libido seks Melayu menjadi modal mencapai klimaks cerita. Ia modal kreatif yang sangat menyedihkan. Watak Tan Sri menjual anak gadis melalui perkahwinan demi bisnes, serta sanggup pula berkonspirasi dengan besannya untuk meniduri isteri orang – satu idea murahan kaum desparado TV.
Tan Sri beristeri dua. Gilakan pula anak saudara besannya. Besannya pula sanggup bekerjasama asalkan dibayar. Ini idea daring. Drama Melayu sanggup menjual apa saja idea libido seks untuk mencipta sensasi rating.
Tan Sri jahat bukan pun lumrah. Tan Sri gila seks – nauzublillah. Walaupun poetic license, tapi idea sensasi ini sengaja dimurahkan demi mencipta kejutan. Tan Sri beristeri dua yang berkonspirasi membayar jutaan ringgit dalam misi meniduri isteri orang dengan membeli wanita tersebut melalui besannya sendiri – satu gambaran obses seks yang menyedihkan.
Orang drama akan berkata: “Ini drama!”
Tetapi drama bukan lesen idea tanpa batas dan tidak bertanggungjawab.
Produser akan berkata: “Lembaga Penapis Filem (LPF) luluskan. JAKIM pun tak kacau!”
Namun, itu bukan kayu ukur moral yang tunggal. Tanggungjawab dan kematangan wajar melebihi desakan untuk mengejar rating!
Berbalik pada THM. Selain Tan Sri gila seks, watak besan yang sanggup menjual anak saudara sendiri – terasa meloyakan. Memang ada kes inses, tetapi kisah bapa saudara berkompromi dengan adiknya, iaitu ibu mangsa – satu plot tahap pencandu seks mabuk todi!
Apa pun – wow hebatnya! Konspirasi seks Melayu siaran 7.00 malam menjadikan libido seks Melayu dan haiwan tiada beza. Bapa saudara ingin menjual anak saudara, dan idea ini dipersetujui si ibu sendiri. Wow!
Wow Wow Wow! Si ibu pula setuju kerana memerlukan wang untuk menyara begitu banyak teman lelaki yang muda-muda yang juga skandal seksnya!
Apa punya idea sensasi seteruk ini?
Puak desparado TV sentiasa berusaha mencari rating. Alasan plot dan elemen dramatik akan digunakan secara klise untuk menjadikan maruah atau agama bukan halangan pada elemen dramatik di TV.
Orang Melayu dalam drama bersiri THM – ialah bangsa obses seks hingga domain seks tanpa batas memainkan peranan dalam perjalanan hidup. Dunia gelap seks Melayu dicerahkan melalui drama ini dengan nilai sensasi yang memalukan.
THM disiarkan di TV3 setiap 7.00 malam sejak tiga minggu lalu. Sekali pun watak Buntat yang mati didera mendapat fokus dan viral; cerita THM adalah sebuah menu otak selut Melayu dalam membina plot dan dinamika cerita yang sedang mencari penghujungnya minggu ini.
Obses seks Tan Sri, bapa saudara yang konyol, serta nilai murahan ibu yang menjual anak gadisnya – satu idea moral yang brutal. Urus niaga konspirasi seks di kafe serta ibu yang memerlukan duit dengan menjual anak perempuan yang masih isteri orang kerana tekanan kewangan untuk menyara sumber seksnya, menjadikan idea sensasi ini sangat menjijikkan.
Orang Melayu dalam drama THM nampaknya totok bangsa seks yang sangat jahilliah.
Kepada penerbit drama dan operator stesyen TV – jangan biarkan rasa desparado mengejar rating, memaksa kita bertuhankan trend cerita tanpa batas.
Perahlah otak sikit untuk mendapatkan idea yang matang. Kita hanya perlu sedikit kreatif, dan perasaan malu-alah pada nilai agama dan budaya untuk mencipta idea yang berguna.
Kredit: http://mediahub-m.blogspot.com/
Post a Comment