Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.
SUBHANALLAH..DUNIA NAK KIAMAT!! Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' |
“Kejayaan Trump membuka peluang buat Israel untuk serta merta menarik balik idea penubuhan negara Palestin di tengah-tengah wilayahnya, yang mana akan menjejaskan keselamatan dan perjuangannya," kata Bennet yang juga anggota parti pelampau, Jewish Home.
ARTIKEL MENARIK:
1. Banduan Ini Nekad Membelah "DINDING" apabila Tiba Hari Sebatan ... tetapi.. Lain yang jadinya !!
2. Penyakit Gangguan Otot Pada Bahagian Leher - Budak Lelaki Meninggal Dunia Selepas Lapan Bulan Menjalani Pembedahan
3. [VIDEO] Allah! Allah! Tak Mampu Bayar Sewa Ambulans, Pengemis Tolak Mayat Isteri Sejauh 80 Kilometer
4. "Gaji Suami Orang Lain Pun RM10,000 Juga Lah Wei!! Kau Jangan Biadap!!", Wanita Ini Mengamuk Cuma Kerana Dikatakan Anaknya Memakai. . . .
5. Sering Di Maki Orang Awam Kerana Lambat Sampai Tempat Kejadian, Anggota Polis Ini Dedahkan Kenderaan 'Land Rover' PDRM Teruk Membahayakan Nyawa Ketika Bertugas
Bennet jelas merujuk kepada wilayah Tebing Barat yang dijajahi Yahudi sekian lama.
LAPOR LANGSUNG Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45
“Ini adalah pendirian presiden (Amerika Syarikat) yang dipilih. Era kewujudan negara Palestin sudah berakhir.”
Sementara itu Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked yang juga dari parti yang sama, mahu Trump mengotakan janjinya untuk mengalihkan Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sesuatu yang lari dari pendirian Parti Republikan dan Parti Demokrat sebelum ini.
Tuntutan yang sama turut disuarakan Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.
Namun masih belum ada sebarang reaksi dari perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Status Baitulmaqdis adalah satu daripada isu yang menjadi halangan dalam konflik Israel-Palestin dan rundingan penubuhan negara Palestin selama ini.
Rakyat Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka di masa akan datang, sementara Israel menganggap bandar itu sebagai ibu negaranya.
Dalam kempennya sebelum ini, Trump pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Free Malaysia Today
Post a Comment