'Bekas Suami Hanya Bayar Denda Saja..Bukan Hukuman Penjara..Kenapa Dengan Mahkamah Sekarang Ni Saya Dan Anak Hampir Mati Kerana JANTAN TU'
'Bekas Suami Hanya Bayar Denda Saja..Bukan Hukuman Penjara..Kenapa Dengan Mahkamah Sekarang Ni Saya Dan Anak Hampir Mati Kerana JANTAN TU' |
JOHOR BAHRU - Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan lelaki yang didakwa mencederakan anaknya seperti yang disiarkan oleh Hannah Azzara, telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, Khamis lalu, lapor Harian Metro.
ARTIKEL MENARIK:
1. [VIDEO] Cite Heboh 1 hr · Pembantu Rumah Ditahan, Hidang Kopi Dicemari Seluar Dalam & Darah Haid Pada Majikan
2. 'Dah Tahu Gaji Suami RM800-RM1,000, Janganlah Beranak Banyak Sehingga Menyusahkan Diri' - Syazwani
3. Nur Sakinah Dakwa Dirinya Ibu Kepada Imam Mahdi Dan Mahu Lahirkan Imam Mahdi Bersama PU Faiz
4. "Aku Masuk Je Kereta Dia Semua Okay Je, Sampai Masuk Je Highway Ke Sunway, Dia Pandang Aku Lain Macam Sambil Tangan Menggosok Kemaluan, Aku Buat Tak Nampak Je, Sampai Dia Mengeluarkan Kemaluan Dia Aku Terbeliak Besar Sebab. . .", Wanita Ini Dedah Pengalamain Naik Grabcar
5. ALLAHUAKBAR!! KEJAM!! Ibu Tunjuk Bukti Diri Dan Anak Dipukul Suami Hingga Cedera Teruk & Darah Beku
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis dari wanita berkenaan pada jam 8.41 malam, 28 Oktober lalu dan pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pada jam 1 tengah hari, 31 Oktober, polis telah menahan suspek yang berusia 37 tahun dan kes itu dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan pada 2 November lalu.
Pada 3 November, bekas suami Hannah Azzara didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada kanak-kanak. Lelaki itu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh mahkamah.
Sejak kelmarin, pendedahan Hannah itu viral di media sosial dan juga mendakwa laporan polis yang dibuatnya tidak diendahkan oleh polis.
Sehubungan itu, Sulaiman berkata, Hannah sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan di laman sosial kerana bimbang ia bercanggah dengan fakta sebenar.
Bagaimanapun, laman Harian Metro mengubah semula laporan berita asal pada jam 7.32 malam, yang menyatakan bahawa lelaki itu didenda RM1,500 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Lelaki berkenaan memilih membayar denda RM1,500.
Sementara itu, reaksi Hannah Azzara meluahkan rasa terkejut kerana dia tidak tahu menahu mengenai 'perubahan' hukuman itu.
"Denda saja? Kenapa saya tak tahu apa-apa? Apa ini?" soal Hannah Azzara di laman Facebooknya. - The Reporter
Post a Comment