Tergamaknya,Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Mengalami Pendarahan Otak Ditinggalkan Seperti Kucing Terbiar

Tergamaknya,Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Mengalami Pendarahan Otak Ditinggalkan Seperti Kucing Terbiar

Ipoh: Polis mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun yang ditinggalkan dalam kotak di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini, pada 30 Julai lalu.

Tergamaknya,Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Mengalami Pendarahan Otak Ditinggalkan Seperti Kucing Terbiar
Tergamaknya,Seorang Kanak-Kanak Malang Yang Mengalami Pendarahan Otak Ditinggalkan Seperti Kucing Terbiar
Kanak-kanak malang terbabit kini kritikal dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan dan difahamkan mangsa mengalami pendarahan otak.


ARTIKEL MENARIK: Remaja Maut Dek Kain Terbelit Pada Rantai Motosikal, Ini KEJADIAN SEBENAR Yang Berlaku!

Jurucakap Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin, kanak-kanak terbabit ditinggalkan di jalan berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

"Pada 30 Julai lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun ditemui dalam kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini dan kini ditempatkan di PICU HRPB.

"Sehubungan itu polis ingin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kanak-kanak berkenaan atau saksi yang mengetahui mengenai kanak-kanak itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post