[VIDEO] SUBHANALLAH!!! Negara Malaysia Dilanda Masalah Air Namun Apa Yang Terjadi Dengan Lelaki Ini Sangat Mengejutkan
[VIDEO] SUBHANALLAH!!! Negara Malaysia Dilanda Masalah Air Namun Apa Yang Terjadi Dengan Lelaki Ini Sangat Mengejutkan |
Berkat Solat Sunat Istisqa, Mata Air Keluar Dari Sawah Yang Kering Kontang Di Bagan Serai...
Allah maha berkuasa, Alhamdulillah semua itu dengan izinNya..
SELINSING: Walaupun sudah berbulan dilanda musim panas yang menyebabkan sawah-sawah menjadi kering kontang dan merekah kerana terlalu panas dan kering, namun penduduk penduduk Kampung Parit Tiga, Jalan Gula, Bagan Serai menerima satu berita mengejutkan apabila mata air telah keluar di tengah-tengah sawah yang kering kontang, lapor Sinar Harian.
Menurut penduduk kampung, ia mungkin kerana berkat selepas mereka beramai-ramai mengadakan solat sunat Istisqa di Bukit Merah minggu lalu.
Menurut mereka lagi, kejadian ini sedikit pelik kerana ketika ini masalah bekalan air berlaku di sini di mana air kolam Bukit Merah juga semakin surut yang mungkin menjejaskan musim penanaman padi kali ini, keajaiban mata air keluar dari celah kawasan sawah padi kering-kontang pastinya memberi keinsafan terhadap kekuasaan ALLAH SWT dalam menentukan rezeki manusia.
Menurut pemilik sawah tersebut, Shuaib Masran, 44, berkata, beliau hanya menyedari kewjudan mata air itu ketika menjalankan kerja menabur garam di sawah miliknya bagi tujuan penyuburan tanah sebelum memulakan proses menanam padi kira-kira jam 10 Sabtu lalu.
"Waktu itu saya sedang tabur garam dan terperasan tanah sawah padi di bahagian tengah lembap namun kawasan lain kering-kontang.
"Bila diperiksa, saya terkejut dapati punca air seakan-akan mata air keluar secara berterusan dari tengah kawasan sawah padi," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Selain itu, pemandu jentani, Mohd Nazri Rosli, 28, berkata, sebelum ini dia sudah banyak kali membajak di sawah milik Shuaib tetapi belum pernah menemui mata air.
"Sepanjang lima tahun lakukan kerja tanah sawah padi di sini, itulah pertama kali saya lihat fenomena mata air muncul di tengah-tengah tanah sawah padi gersang lebih-lebih lagi pada musim kemarau.
"Mulanya saya tak percaya tapi bila seluk tangan ke dalam lubang punca air itu, saya terkejut ada lubang sebesar botol susu dan air air mengalir terus dari dasar," katanya.
Mohd Nazri berkata, air yang keluar dari celah lubang itu begitu sejuk dan berbau seperti belerang. - Siakapkeli.my
Post a Comment