5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Doktor Harlina Halizah Sebelum Bertindak Menjadi "Keyboard Warrior"

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Doktor Harlina Halizah Sebelum Bertindak Menjadi "Keyboard Warrior"

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Doktor Harlina Halizah Sebelum Bertindak Menjadi "Keyboard Warrior"

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Doktor Harlina Halizah Sebelum Bertindak Menjadi "Keyboard Warrior"

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Doktor Harlina Halizah Sebelum Bertindak Menjadi "Keyboard Warrior"

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Doktor Harlina Halizah Sebelum Bertindak Menjadi "Keyboard Warrior"


Sejak beberapa hari ini satu perkara yang tidak sedap dilihat telah berlaku apabila seorang doktor yang telah memberi satu teguran dari segi adab dalam berniaga telah diserang oleh segelintir netizen hanya kerana salah faham.

Admin sekadar melihat isu ini kerana tidak mahu diperbesarkan, tetapi sedih apabila ramai yang mengeluarkan kata-kata kesat di laman Facebook Dr Har sedangkan mereka tidak faham sepenuhnya apa yang cuba disampaikan.

Perlu diakui Dr Har yang memang manusia biasa sama seperti kita, ada berkata dia tidak maksum, ya! memang dia tidak maksum, tapi kita ada otak fikiran tuhan kurniakan, fikir yang baik dan yang buruk sebelum membuat keputusan, admin sendiri akan 'menyerang' jika apa yang ditulis Dr Har itu tidak betul atau salah.

Beliau menulis mengenai adab dalam berniaga, perlu ketahui berniaga itu adalah satu urusan profesional dan kita harus profesional dalam hal ini untuk menjaga hati pelanggan yang akan berurusan dengan kita selain mewujudkan masyarakat yang bertatasusila, bersopan dan beradab.

Contohnya seperti pak cik kita bos di pejabat dan kita sebagai anak buah dia sebagai pekerja, sudah pasti di pejabat perlu kita panggilnya Bos atau tuan kerana profesional, berlainan dengan panggilan di rumah.

Siapakah sebenarnya Dr Harlina Halizah Hj Siraj ini,? teruk sangatkan beliau sehingga dikeji oleh segelintir netizen sedemikian?

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj yang merupakan doktor pakar runding obstetriks dan ginekologi (O&G), sering kali timbul tulisan-tulisannya di laman Facebook di mana beliau sering membicarakan isu-isu wanita, keluarga, dan remaja masa kini dengan niat mendidik masyarakat menjadi lebih baik.

Kerana nasihat-nasihatnya yang dilihat begitu berkesan dan mendalam beliau sering mendapat perhatian media cetak dan media penyiaran untuk mendapatkan pelbagai tip dan nasihat yang memanfaatkan masyarakat Malaysia.

Siapakah Dr. Har ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya dan mahu tahu tentangnya.

3.jpg

Admin sendiri pun tidaklah terlalu mengenali siapakah insan ini dan tertanya-tanya siapakah Dr Har sehingga terjumpa satu artikel yang dikongsikan oleh portal The Vocket yang tertulis5 Perkara Tentang Dr Harlina Halizah Yang Anda Patut Tahu.

Apakah yang harus kita tahu tentang beliau? jom baca.

Memetik tulisan The Vocket, cerita ini dikisahkan oleh Dr. Adilah, seorang doktor perubatan yang mengenali Dr. Har dari kecil lagi.

"Pada saya, Dr Har atau semasa kecil saya panggil Makcik Har, adalah seorang contoh dan teladan yang baik. She is an inspiration! Walau interaksi saya dengan beliau tidaklah begitu kerap, tapi beliau telah banyak mendidik saya dari jauh.

"Saya mengenali Dr Har sebagai seorang pakar O&G yang sangat berdedikasi, pensyarah yang rapat dengan pelajar-pelajarnya di UKM dan seorang aktivis dakwah dan kemanusiaan yang sangat komited. Terus terang saya katakan bahawa antara asbab saya menjadi seorang doktor adalah disebabkan oleh Dr Har.

"Sejak kecil, saya sangat mengkagumi disiplinnya. Bayangkan seorang pakar dalam bidang yang sangat demanding, boleh lagi mengajar dengan sangat bagus, menjadi seorang ketua wanita pusat sebuah badan dakwah, dan rumahtangganya pun terurus.

"Beliau adalah seorang guru dalam kehidupan bagi saya dan ramai lagi orang lain. Beliau telah menyentuh banyak hati yang lalai," tulis dr Adilah.

Menurut Dr Adilah lagi, setiap teguran yang keluar dari mulut Dr Har bukanlah untuk tujuan menjatuhkan bahkan adalah untuk menyedarkan kita.

"Tegurannya lembut seperti dirinya. Jika ada yang memandang serong pada beliau, pandanglah diri sendiri dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang akan disesali kelak.

Bacalah tegurannya laksana anda membaca teguran dari seorang guru dan ibu. Yang tujuaannya hanyalah untuk anak-anaknya mendapat yang terbaik dan menjadi yang terbaik,"tulisnya lagi.

Dr Adilah dalam pada itu telah berkongsikan lebih lanjut siapakah sebenarnya Dr. Har.

2.jpg

1. Latar Belakang

Dr. Har dilahirkan pada 1 Jun 1966 di Sungai Besar, Selangor merupakan anak keenam kepada pasangan Siraj @ Ramli dan Siti Ramlah Anuar yang mempunyai lapan orang anak. Ayahnya bekerja sebagai kadi.

Sejak dari kecil lagi, Dr. Har bercita-cita menjadi doktor atau guru. Dengan izin Allah, berkat doa kedua ibubapa dan usahanya, Dr. Har berjaya menjadi kedua-duanya.

2. Kerjaya

Kini Dr. Har menjadi tenaga pengajar di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dengan pengalaman lebih 20 tahun sebagai doktor dan membimbing ribuan pelajar perubatan lebih 15 tahun, Dr. Har menekankan kepentingan akhlak kerana baginya akhlak menjadi pembeza utama antara doktor yang mulia dan doktor yang angkuh.

“Harapan saya, setiap pelajar perubatan UKM ada ciri Dr Har pada dirinya iaitu apabila merawat pesakit, mereka menggunakan ilmu dan cara berkomunikasi yang saya ajar serta melemparkan senyuman seperti yang selalu saya ingatkan,” petikan dari Berita Harian.

Sehingga ke hari ini, Dr. Har masih menjadi pensyarah universiti walaupun hakikatnya beliau berpeluang mendapat pendapatan berlipat kali ganda jika bekerja di sektor swasta.

Ini semua kerana Dr. Har mahu terus mengajarkan ilmu perubatan yang begitu tinggi manfaatnya kepada lebih ramai bakal-bakal pengamal perubatan.

Baginya, memberikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain adalah salah satu amalan yang akan berlanjutan pahalanya apabila meninggal dunia kelak, selain dari sedekah jariah dan doa anak soleh.

1.jpg

3. Kehidupan Peribadi

Kisah rumahtangga Dr Har pernah dipaparkan di dalam Utusan Malaysia, bertajuk Bercinta Selepas Kahwin. Ya, Dr. Har bercinta selepas kahwin. Ini kerana Dr. Har dan suami percaya jodoh dan pertemuan telah ditetapkan oleh-Nya.

Dr. Har dan suaminya, Ustaz Zulkifli Ahmad dijodohkan melalui sistem Baitul Muslim (BM) semasa belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh pelajar senior.

Ketika itu Ustaz Zulkifli Ahmad adalah pelajar jurusan Pengajian Islam dalam pengkhususan Al Quran dan Hadis, manakala Dr. Har pelajar jurusan perubatan selepas menolak peluang belajar di luar negara (biasiswa bukan untuk belajar perubatan).

BM adalah cara match make yang islamik, di mana ia diatur oleh pelajar senior dan lanjutan itu, kedua-dua keluarga berkenalan sehinggalah ke jinjang pelamin. Ini penting bagi menjaga batas-batas perhubungan di antara lelaki dan perempuan.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Dr. Har dan Ustaz Zul dikurniakan empat orang cahaya mata, seorang telah meninggal dunia iaitu Ahmad Sofwan Hanif ketika berusia 4 bulan, lain-lain ialah Syifa’ Hana, Muhammad Anwar Syamil dan Deena Sofiyya.

4. Anugerah

Dr. Har menerima pelbagai pengiktirafan sejak zaman sekolah lagi di atas kecemerlangannya dalam bidang-bidang yang diceburi.

Salah satu anugerah yang memberi memori indah buat Dr. Har ialah apabila beliau dianugerahkan Anugerah Saidatina Khadijah sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah di peringkat negeri Selangor.

“Wajar bagi kita menjadikan Saidatina Khadijah sebagai wanita contoh untuk mencapai kecemerlangan kerana banyak contoh teladan yang ada pada isteri Rasulullah itu.

Wanita bukan hanya di taraf kedua. Kita sebenarnya berjalan seiring dan jika mengambil semangat Saidatina Khadijah, kita tahu bahawa perjuangan Rasulullah turut mendapat sokongan kuat Saidatina Khadijah,” petikan dari Berita Harian.

4.jpg

5. Khidmat Masyarakat

Dr. Har cenderung ke arah agama ketika beliau masih di tingkatan tiga. Dr. Har mula muhasabah diri tentang siapa dirinya, apa tujuan hidup, dan apa pengakhirannya nanti. Persoalan-persoalan itu telah membuatkan Dr. Har menjadi cepat matang dan mengutamakan kualiti kerja yang dilakukannya.

Minat dan kesedaran pada agama telah mendorong Dr. Har melakukan pelbagai khidmat masyarakat dan kerja sukarelawan agar dapat membantu masyarakat kembali berpegang teguh kepada ajaran agama.

Dr. Har juga memanfaatkan kemahiran pengucapan awam dan kesarjanaannya untuk kebaikan masyarakat dengan menyampaikan ilmu-ilmu dalam bahasa yang mudah difahami masyarakat.

Bidang pengkhususan Dr. Hari ialah pendidikan perubatan (pengkhususan dalam perkembangan kendiri dan profesional), perancangan keluarga dan kontrasepsi dan kesihatan reporduksi dan seksual remaja dan wanita.

Dr. Har menganggap ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk beri nilai tambah kepada masyarakat.

Antara jawatan dan tanggungjawab yang pernah digalas oleh Dr. Har ialah menjadi Presiden (2009-2011) Malaysian Association for Maternal &Neonatal Health (MAMANEH), Naib Presiden (2009-2011) Jamaah Islah Malaysia, Naib Ketua Wanita (2010-2014) Pertubuhan Ikram Malaysia, dan Pengerusi Lembaga Pengarah Induk Pusat Perlindungan & Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Anda boleh mengikuti Dr. Har di drhar.blogspot.com dan drharlinahalizahsiraj.com

The Vocket

Apa pesanan admin sendiri, fikirlah sebelum melepaskan sesuatu, ingat yang iblis sentiasa ada disekeliling kita untuk menghasut kita melepaskan kemarahan dan cercaan tanpa sebarang unsur periksa.- SK

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post