Kes Murid Potong Lidah Sendiri Selesai, Pihak Polis Keluarkan Kenyataan Yang MENGEJUTKAN Orang Ramai

Kes Murid Potong Lidah Sendiri Selesai, Pihak Polis Keluarkan Kenyataan Yang MENGEJUTKAN Orang Ramai

Kes Murid Potong Lidah Sendiri Selesai, Pihak Polis Keluarkan Kenyataan Yang Mengejutkan Orang Ramai

SHAH ALAM: Sejak beberapa hari ini isu murid potong lidah sendiri yang dipercayai dibuli oleh beberapa orang rakannya telah menjadi viral di laman sosial. Malah, ia menjadi perbualan hangat oleh masyarakat apabila ada yang dikatakan mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alif mereka cerita palsu.

Namun, hari ini polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kes buli berlaku di sekolah di Klang. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya murid tahun dua itu cedera pada lidah ketika bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Katanya, tiada sebarang bukti diperolehi sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.

"Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tadi.

Nampaknya isu ini sudah selesai dan sekaligus nama Sekolah Rendah Bukit Tinggi bebas atas tuduhan kes buli yang terjadi di dalam sekolah. Oleh itu, masyarakat tidak perlu lagi menuding jari kepada pihak sekolah.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post