Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera

Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera

Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera

Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera

Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera


Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera


Gambar dan biodata serta kisah sebenar gadis 21 tahun maut kena dera...mengikut kronologi kes inilah punca pembunuhan tersebut..Kasihan anak dan isteri kena temberang.

Gambar Dan Biodata Serta Kronologi Sebenar Gadis 21 Tahun Maut Didera|Seorang gadis berusia 21 tahun maut dalam keadaan menyedihkan di percayai akibat didera kenalan yang juga merupakan kekasihnya seorang Ejen Insuran serta merupakan suami seorang doktor wanita di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Gemilang, Jitra di sini.
Mangsa, Nurul Syahira Ishak dikatakan tidak sedarkan diri di dalam bilik utama di tingkat dua rumah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Jitra menggunakan ambulans kira-kira pukul 1.30 petang.
Berikut kronologi Gadis 21 Tahun Maut di Dera
1. Fakta Kes:
Pada 30/03/2016 jam lebih kurang 1330hrs semasa pengadu dan Kpl 137839 bertugas di Bilik Geran IPD K.Pasu telah terima panggilan telefon dari orang awam mengatakan ada orang pengsan di rumah No. 290, Jalan Gemilang, Taman Gemilang, Jitra, Kedah. Pengadu telah arahkan MPV Kedah 120 ke tempat kejadian. Mangsa 1 lerempuan Melayu umur 21 tahun telah dibawa oleh ambulan ke Hospital Jitra. Pada jam lebih kurang 1430 petang, terima panggilan telefon dari Init Kevemasan Hospital Jitra mengatakan mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan-kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.
2. Si Mati:
Nama : Nurul Syahira Bt Ishak
Kpt : 951005-10-xxxx
Alt : Lot 383, S.P. Saujana Putra,
08000 Sungai Petani, Kedah
Kerja : Tiada
3. Siasatan/tindakan:
– io bersama team siasatan JSJ IPD K.Pasu pergi ke Hospital Jitra melihat mangsa.
– mangsa telah berada di rumah mayat Hospital Jitra.
– pemeriksaan yang dijalankan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat banyak kecederaan baru dan lama dipercayai akibat dipukul.
– didapati kedua-dua mata mangsa lebam dan luka pada telinga kiri mangsa.
– terdapat juga kesan-kesan lebam pada badan, tangan dan kaki mangsa.
– mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan bedah siasat yang akan dijalankan pada 31.3.2016 jam 8.00 pagi.
– io bersama team siasatan kemudian ke tempat kejadian yang terletak di Taman Gemilang, Jitra.
– tempat kejadian adalah di sebuah rumah semi-D dua tingkat yang dijadikan homestay.
– bilik utama disewa oleh saspek sejak bulan Jun tahun 2015 yang didiami bersama isteri iaitu seorang doktor di Hospital Jitra dan seorang anak berusia 7 bulan.
– si mati adalah kenalan saspek sejak 3 tahun yang lalu dan telah kerap berhubung dengan saspek dan mula mengikut saspek dan tinggal bersama saspek dan isteri sejak pertengahan bulan Febuari 2016.
– tujuan si mati tinggal bersama kerana dikatakan saspek hendak mendidik si mati menjadi seorang yang baik dan dibenarkan oleh isteri saspek.
– semasa tinggal dengan saspek, si mati kerap dipukul sekiranya melakukan kesalahan seperti tidak sembahyang dan menipu saspek.
– si mati kerap dipukul dengan cara ditampar, disepak, dipukul dengan penyapu, besi dan dibaling dengan objek.
– kejadian terakhir si mati dipukul adalah pada pagi ini antara jam 8 hingga 12 tengahari di mana si mati ditampar, dipijak, dipukul dengan besi dan dibaling decoder astro.
– semasa kejadian, isteri saspek duduk di tingkat bawah dan hanya mendengar saspek mengamuk di tingkat atas.
– si mati disedari pengsan pada jam l/kurang 1.00 tengahari apabila saspek kejut untuk makan tengahari.
– isteri saspek kemudian menghubungi ambulan yang datang ke rumah dan membawa si mati ke hospital memandangkan ketika itu si mati masih hidup.
– polis telah dimaklumkan melalui DCC K.Pasu oleh pihak ambulan di mana MPV telah datang ke tempat kejadian ketika ambulan hendak membawa si mati ke hospital.
– DCC kemudian telah dimaklumkan sekali lagi yang mana si mati telah meninggal dunia dipercayai ketika dalam perjalanan ke hospital.
– siasatan tempat kejadian telah dibantu oleh Forensik IPK Kedah dan telah menjumpai sebanyak 28 barang kes dipercayai berkaitan dengan kes termasuk senjata yang digunakan untuk memukul si mati.
– soal siasat yang dijalankan oleh io dan team D9 JSJ IPK Kedah ke atas saspek telah berjaya mendapatkan pengakuan saspek yang memukul mangsa dan membongkar motif serta barang-barang kes yang wujud.
– si mati juga mempunyai hubungan sulit dengan saspek dan kerap melakukan hubungan seks tanpa pengetahuan isteri.
4. Tangkapan:
B1. Nama: Faiz B Mohd Fazli
Kpt: 731206-14-xxxx
Alt: No. 12, Jalan Ikhlas, Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur.
Kerja: Ejen Insuran
B2. Nama: Nurul Aifaa Bt Rahman
Kpt: 881119-56-xxxx
Alt: No. 6, Persiaran Damai 9,
Taman Kajang Utama,
Kajang, Selangor.
Kerja: Doktor
5. Klasifikasi:
Kes disiasat di bawah Sek 302 Kanun Keseksaan
6.Suspek di reman.
Suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita disyaki akibat didera secara fizikal di Taman Gemilang, di sini, semalam.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Kanan Mohd Khairul Hafizuddin Ramli terhadap kedua-dua suspek berusia 43 dan 28 tahun.
Luahan Ibu Mangsa 
luahan
Gambar mangsa Nurul Suahira Dipetik dari theviralnow
yeda
w
e
Facebook mangsa:Nurul Syahirah


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post