Isu "Sultan Johor Tak Mahu Salam" Buat Najib Geleng Kepala

Isu "Sultan Johor Tak Mahu Salam" Buat Najib Geleng Kepala

Isu "Sultan Johor Tak Mahu Salam" Buat Najib Geleng Kepala

Isu "Sultan Johor Tak Mahu Salam" Buat Najib Geleng Kepala

Sultan Johor, Sultan Ibrahim bersama Najib ketika majlis pelancaran Forest City 2016 baru-baru ini, di mana berlakunya insiden kononnya Baginda enggan bersalam dengan PM. (KREDIT GAMBAR: THE STAR)

Isu "Sultan Johor Tak Mahu Salam" Buat Najib Geleng Kepala



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjawab satu video viral di media sosial memaparkan Sultan Johor seolah-olah enggan bersalam dengan beliau di satu majlis, baru-baru ini.

Dalam video tersebut Sultan Johor kelihatan bersalam dengan banyak pihak yang menanti kedatangan Baginda dalam satu majlis namun tidak menghulurkan tangannya kepada Najib meskipun Baginda kelihatan perasan kelibat Perdana Menteri di situ.
Berikut video yang dimaksudkan:
“Saya geleng kepala tengok dalam sosial media. Sultan Johor tunggu saya di Istana, minum teh bersama, naik kereta yang dipandu oleh Sultan Johor.
“Saya duduk sebelah Sultan Johor berbual dalam kereta, takkan turun nak salam lagi. Di Istana dah salam – nanti orang kata gila,” kata Najib, disambut gelak ketawa hadirin yang ada.
Beliau mengulas isu ‘Sultan Johor Bersalam Dengan Najib’ ini untuk dijadikan contoh, ketika menyentuh tentang persepsi tidak betul yang sering dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan.
Ianya sebahagian daripada ucapan Najib pada majlis pelancaran Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Buku Kesejahteraan Adiwangsa Felda, Tabung Misi Kemanusiaan Wada-Kemboja dan Program Prihatin Jantung Anda di Kuala Lumpur, pada Isnin. – MYNEWSHUB.CC

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post