Budak 11 tahun sanggup potong jari sendiri gara-gara bapanya marah asyik main game

GARA-GARA ketagih bermain telefon pintar, seorang budak lelaki berusia 11 tahun mengambil tindakan nekad memotong jari telunjuk selepas dimarahi oleh ibu bapanya.

Budak itu, Peng ketagih bermain game dalam telefon berkenaan dan keadaan ini tidak digemari oleh ibu bapanya kerana ia menunjukkan contoh yang buruk kepada adiknya yang berusia enam tahun.

Pada hari kejadian, bapanya, Zou memarahi anaknya itu kerana bermain game sejak bangun tidur dan tidak mahu melakukan apa-apa.

“Kau perlu ajar adik kau kerja sekolah, jangan asyik main game sahaja,’’ demikian kata-kata Zou kepada anaknya.

Peng kemudiannya dilaporkan menjawab: “Saya tidak mahu mengajarnya, saya dah ajar dia tahun lepas, saya tak mahu lakukannya lagi”.

Ketika itu Peng sedang memegang garpu untuk makan sayur dan selepas menyedari ibu bapanya tidak suka dengan perbuatannya, Peng yang marah mengambil pisau di dapur dan kemudian menetak jarinya.

Ibu bapa Peng yang tidak menyangka anaknya itu akan mengambil tindakan drastik demikian rupa mengutip jari berkenaan lalu membawa Peng ke hospital.

Doktor mengambil masa selama enam jam untuk menyambung jari itu dan kini Peng berada dalam pemerhatian.

“Jari itu telah disambung dan peringkat seterusnya ialah melihat sama ada ia akan bersambung atau tidak.

“Jika tidak kita terpaksa dibuang selama-lamanya,’’ kata doktor. – MYNEWSHUB.CC

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post