Foto Baby Bump terkini Misha Omar setelah disahkan hamil anak sulung

Foto Baby Bump terkini Misha Omar setelah disahkan hamil anak sulung

Foto Baby Bump terkini Misha Omar setelah disahkan hamil anak sulung

Foto Baby Bump terkini Misha Omar setelah disahkan hamil anak sulung

Foto Baby Bump terkini Misha Omar setelah disahkan hamil anak sulung

Foto Baby Bump terkini Misha Omar setelah disahkan hamil anak sulung



Setelah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Misha Omar telah pun disahkan hamil. Jutaan tahniah diucapkan buat Misha dan suami, Firos Ezzwan Rosly. Untuk makluman, Misha dan Firros telah berkahwin pada 2 Mei 2014 dan mempunyai 2 orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10 dan Humaira Lateefa, 4.

Pastinya ini satu berita yang amat menggembirakan buat Misha Omar dan suami. Walaupun enggan mendedahkan usia kandungan, Misha telah sudi untuk berkongsi berita gembira ini dengan para peminatnya. Kata Misha:-

"Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah.

Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapi lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup ini.

Secara jujur, tidak banyak yang dapat dikongsi kerana semuanya masih terlalu baharu. Alhamdulillah pada permulaan ini, saya tidak berdepan dengan alahan teruk malah setiap urusan kerja berjalan lancar.

Suami antara insan paling gembira dan pada masa sama terharu apabila mendapat tahu saya sudah hamil. Dia begitu mengambil berat, malah layanan yang diberikan juga lebih istimewa membuatkan saya rasa diri dihargai.

Pengalaman mendidik dua anak angkat membuatkan saya tidak lagi kekok untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Namun, pengalaman terbaharu ini agak mengujakan kerana saya bakal melalui sendiri apa yang pernah dilalui setiap wanita yang menjadi ibu.

Saya hanya mampu berdoa diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat melalui detik ini dengan indah kerana zuriat adalah amanah yang menjadi pengerat kepada kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga."

Tahniah diucapkan buat Misha Omar dan suami. Semoga segalanya berjalan lancar sepanjang kehamilan ini. Sama-sama kita doakan.

Sumber: Beautifulnara

misha%2Bomar1.jpg

misha%2Bomar2.jpg

misha%2Bomar3.jpg

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post