"Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun & Jadi Ayah 2 Bulan" – Luahan Sayu Isteri

"Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun & Jadi Ayah 2 Bulan" – Luahan Sayu Isteri

"Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun & Jadi Ayah 2 Bulan" – Luahan Sayu Isteri

"Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun & Jadi Ayah 2 Bulan" – Luahan Sayu Isteri

"Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun & Jadi Ayah 2 Bulan" – Luahan Sayu Isteri

Orang selalu berpesan, “jangan terlalu membenci seseorang kerana itu mungkin jodoh kita,” dan ianya dibuktikan oleh Puan Nadirah Razak yang telah berkahwin dengan suami tercintanya di mana suaminya itu dulu tidak disukainya kerana suka menyakat, memang ‘sweet’kan.




2


Namun, segala keindahan itu hanya pinjaman sementara daripada yang Maha Esa, pada 3 November, jam 11 malam, suami Puan Nadirah, Ali Hazman Md Din yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya telah berhenti menolong sebuah kemalangan.

Namun, Allah lebih sayangkannya, ketika itu datang sebuah kereta dengan laju yang dipandu seorang pemandu mabuk telah melanggar mereka yang berhenti disitu untuk membantu termasuk mangsa kemalangan dan Ali Hazman disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 1 pagi, 4 November 2015.

Berita mengenai kemalangan suami Puan Nadirah ini telah disiarkan oleh akhbar Harian Metro, ketika arwah meninggal, anak mereka ketika itu baru berumur 46 hari di mana majlis aqiqah akan diadakan beberapa hari selepas itu.

Puan Nadirah dalam kenyataan kepada Harian Metro memberitahu bahawa arwah sebelum itu telah meninggalkan pesan supaya menjaga anak perempuan mereka dengan baik

“Saya bertanya mengapa dia meminta sedemikian, tetapi arwah hanya berkata bahawa ia hanya satu pesanan.

“Kami merancang untuk mengadakan kenduri aqiqah hujung bulan ini dan semua persiapan sudah dibuat dan arwah sangat teruja.

“Bagaimanapun, setiba saya di hospital arwah disahkan meninggal dunia, Saya tidak sangka dia pergi meninggalkan kami,” katanya di mana arwah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam 
Damai, Cheras.

4


Menurut carita seorang penunggang motosikal yang turut cedera kerana turun membantu mangsa kemalangan, Mohamad Jusoh Miskun, 41, berkata, arwah bersungguh-sungguh mahu membantu mangsa kemalangan itu sebelum dirempuh kereta.

“Saya ternampak seorang lelaki dan seorang wanita berada di tepi jalan di susur keluar ke Bandar Tun Razak sebelum memberhentikan motosikal.

“Wanita yang menunggang motosikal itu terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang lelaki. Bagaimanapun selepas beberapa minit berbincang untuk membantu menyelesaikan kemalangan itu, tiba-tiba sebuah kereta merempuh kami,” katanya.

Menurutnya, dia bersama lima lagi mangsa yang berada di tempat kejadian tercampak selepas dirempuh kenderaan berkenaan.

Salam takziah buat Puan Nadirah. Anggaplah ini sebagai ujian kerana ujian itu tuhan nak uji hambaNya itu kuat atau tidak dan tuhan tidak akan sekali-kali menguji lebih dari kemampuan HambaNya.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post