"Rasa Sedih, Tapi Nak Buat Macam Mana" – Warga Bangladesh

"Rasa Sedih, Tapi Nak Buat Macam Mana" – Warga Bangladesh

Kawasan Masjid Jamek dan sekitarnya mendapat jolokan pelbagai nama, ekoran warga asing yang bertumpu di sana.

"Rasa Sedih, Tapi Nak Buat Macam Mana" – Warga Bangladesh

Setiap kali musim perayaan, mereka menjadi bahan berita dengan tajuk seperti ‘KL ditawan warga asing’, apabila warga tempatan pulang ke kampung.


Kali ini, mereka kembali menjadi perhatian, pada banyak masa momokan, apabila kerajaan bercadang membawa masuk 1.5 juta lagi warga Bangladesh untuk bekerja di sini.

Sanwar, 34 tahun, menyatakan kesedihannya apabila terpaksa berhadapan dengan penghinaan sedemikian.
“Memang saya rasa sedih tapi nak buat macam mana. Saya datang sini untuk bekerja.

“Setiap bangsa ada baik ada jahat, kalau ada (warga Bangladesh) yang buat jahat itu dosa mereka sendiri, bukan semua,” katanya yang bekerja di stesen minyak di Salak Selatan.

Katanya lagi, beliau berhadapan kesukaran ketika mula-mula tiba di sini, namun keadaan bertambah baik selepas setahun bekerja dan boleh menggunakan Bahasa Malaysia.

Jaheed, 29 tahun, yang bekerja di sebuah kedai di Masjid India juga menyuarakan sentimen yang sama.

“Satu orang satu mentaliti. Setiap orang Bangladesh di sini ada fikiran lain-lain,” katanya yang lebih selesa berbual dalam Bahasa Inggeris.

Menurutnya lagi, beliau gembira selama empat tahun di sini kerana dapat bergaul dengan warga tempatan dengan baik.

“Kawan Malaysia saya lebih ramai (berbanding warga Bangladesh), tempat kerja saya ramai Melayu. Pada saya, kami tiada beza kerana sama-sama Muslim.”

Sementara itu, Bilal Syeikh yang berusia 50-an mempersoalkan pengitlakan (generalization) sesetengah pihak yang mengaitkan warga asing dengan jenayah.

Menyifatkan mereka sebagai berfikiran sempit, beliau yang bekerja di sektor pembinaan itu berkata, “Kalau ada seorang Malaysia rompak saya, saya tak akan anggap semua orang Malaysia jahat.”






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post