"Najib Miliki Kesabaran Luar Biasa" – Zahid Hamidi

"Najib Miliki Kesabaran Luar Biasa" – Zahid Hamidi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai seorang individu yang mempunyai kesabaran luar biasa.

"Najib Miliki Kesabaran Luar Biasa" – Zahid Hamidi
"Najib Miliki Kesabaran Luar Biasa" – Zahid Hamidi
Ini menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menggambarkan Najib sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.



“Walaupun kita dapat laporan mengenai seseorang, Datuk Seri Najib masih memilih untuk tidak menyambut keburukan, sebaliknya hanya bersangka yang baik,” kata Ahmad Zahid.

Beliau menceritakan peribadi pemimpin tertinggi negara itu ketika pelancaran buku “Najib Razak 40 Years 40 Pictures” di KL Sentral hari ini.

Ahmad Zahid (dua dari kanan) menceritakan peribadi pemimpin tertinggi negara itu ketika pelancaran buku “Najib Razak 40 Years 40 Pictures”. -Astro AWANI/Shahir Omar

Tambahnya, peribadi Najib ini mungkin ditakdirkan Tuhan kerana walaupun beliau menghadapi banyak ujian, Najib tetap tenang dan bersabar dalam setiap keadaan.

“Bagi saya, Datuk Seri Najib adalah seorang insan luar biasa. Keistimewaan inilah yang mungkin Allah takdirkan bagi beliau kerana walaupun dalam kedudukan sekarang dengan pelbagai ujian yang mendatang, beliau tetap tenang, sabar dan tidak nampak kegundahannya langsung, sekurang-kurangnya di hadapan kita,” kata Ahmad Zahid.

Beliau menceritakan peribadi pemimpin tertinggi negara itu ketika pelancaran buku “Najib Razak 40 Years 40 Pictures” di KL Sentral hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi yang turut menggambarkan Najib sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.

Pelancaran tersebut bersempena ulang tahun penglibatan Najib dalam politik iaitu sejak 21 Februari 1976.

Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan bagi menggantikan ayah beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua.





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post