Saya sudah melantik peguam dalam isu ini. Untuk apa dan kenapa? Kita tunggu saja nanti..

Saya sudah melantik peguam dalam isu ini. Untuk apa dan kenapa? Kita tunggu saja nanti..

Saya sudah melantik peguam dalam isu ini. Untuk apa dan kenapa? Kita tunggu saja nanti..

Saya sudah melantik peguam dalam isu ini. Untuk apa dan kenapa? Kita tunggu saja nanti..
Saya sudah melantik peguam dalam isu ini. Untuk apa dan kenapa? Kita tunggu saja nanti..
Aktres Nora Danish melantik peguam bagi menjawab kontroversi mendakwa kononnya dia menjadi punca keretakan rumah tangga Fasha Sandha, 31, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39.


Memetik laporan BH online, Nora mendakwa dia menjadi mangsa keadaan sehingga namanya dikaitkan dalam kontroversi rumah tangga Fasha dan Jejai berikutan Nora adalah bekas isteri Jejai.

"Saya sudah melantik peguam dalam isu ini. Untuk apa dan kenapa? Kita tunggu saja nanti. Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Kalau saya mengeluarkan sebarang kenyataan, ia akan berlarutan.

Jadi, biarlah peguam saya saja yang menjawab. "Saya tidak tahu punca dan kenapa nama saya masih lagi dikaitkan dengan mereka sedangkan saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan bekas suami.

"Saya tahu, ramai yang menghentam dan menyalahkan saya sehingga menuduh saya sebagai punca. Tetapi atas sebab apa nama saya dikaitkan, saya tidak tahu," katanya.

Khabar angin status hubungan Fasha dan Jejai yang didakwa goyah timbul selepas sebuah portal hiburan pada 4 Disember lalu melaporkan, Fasha dipercayai mengunjungi sebuah pejabat jabatan agama.

Namun, tidak dapat dipastikan mengenai kunjungan Fasha sama ada untuk mendapatkan khidmat kaunseling hal rumah tangga atau nasihat berhubung urusan perceraian.

Nora berkata, dia mengambil pendekatan selamat untuk berdiam diri dan tidak mengulas soal itu.
"Saya tak ambil pusing apa orang cakap dan menuduh saya dengan tuduhan tak berasas begini.

"Tetapi, untuk memberi kenyataan balas, saya rasa lebih baik serahkan kepada peguam. Ini kerana saya takut setiap butiran jawapan yang diberi akan disalahertikan dan orang salah faham.

"Lebih baik saya berdiam diri. Bukan bermaksud saya mengelak mahupun melarikan diri daripada media. Tetapi saya mahu mengambil jalan selamat agar keadaan tidak menjadi lebih parah," katanya.

Menyedari, pelbagai tuduh dilemparkan kepadanya di media sosial termasuk ada pihak mendakwa pelakon berusia 33 tahun ini pernah menghubungi Jejai bagi meminta tolong kerana keretanya rosak, perkara itu dinafikan Nora.

"Semua ini hanyalah rekaan pihak tertentu untuk mengaitkan saya dalam hal ini. Bila masa kereta saya kena pecah? Malah, saya tidak memandu kereta jenis BMW seperti didakwa kerana saya memandu kereta Mercedes-Benz," katanya.

Laporan menyebut, sementara Fasha pula enggan mengulas mengenai isu berkenaan sebaliknya sebaliknya mengelak soalan kontroversi berhubung perkahwinannya dengan Jejai.

Baik Fasha mahupun Jejai, masing-masing belum membuat sebarang kenyataan mengenai status perkahwinan mereka.




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post