“Bagi Je Dara Tu.. Apa Salahnya Korban….,” – Gadis WeChat
“Bagi Je Dara Tu.. Apa Salahnya Korban….,” – Gadis WeChat |
Betapa melampau nasihat gadis remaja ini kepada rakannya yang lebih muda apabila menasihat supaya menggadaikan mahkota dara yang diperolehi untuk teman lelaki jika mahu bahagia.
“Kalau adik nak bahagia dengan pasangan, adik jangan takut.. bagi je dara tu, apa salahnya kalau korbankan untuk orang tersayang,” kata gadis itu di aplikasi bual WeChat.
Dari petikan skrin yang tersebar, mereka dipercaya sedang berbual mengenai teman lelaki.
Ada perbualan seperti gadis itu mahu mengajarkan sesuatu kepada seorang lagi gadis berkemungkinan untuk melakukan hubungan seks.
Bagi mereka, cinta pada masa sekarang didasarkan atas kesanggupan mengorbankan masa, keluarga dan juga harga diri asalkan dapat bersama si dia. Kekerapan berbual di aplikasi telefon pintar yang boleh dikatakan hampir setiap masa membuatkan kebanyakan perkara sudah dibualkan sehingga masuk ke topik “dalam kelambu”.
Dari situlah kerinduan yang dipendam akan menjadi berahi untuk bertemu kemudian mencari lokasi sesuai untuk saling membelai kasih-sayang melepaskan kerinduan tidak kira lagi dosa dan pahala, halal atau haram.
Agaknya, daripada sifat beginilah yang terjadi kepada adik Nur Amirah Athirah, 14, yang menipu keluarganya dan rakyat Malaysia selepas mendakwa dirinya diculik padahal bersama teman lelaki.
Aplikasi WeChat sememangnya dipenuhi dengan gadis muda yang inginkan belaian kasih sayang kebanyakannya kerana keluarga yang bermasalah dan tiada tempat mengadu untuk mereka menjadikan mereka mencari teman yang memahami di dalam laman sosial sebegitu.
Bukan semua perkara boleh dipantau oleh ibu bapa kerana pastinya naluri keluarga, ada ruang untuk anak-anak bersosial perlu diberikan cuma kesilapan yang kadang-kadang sedikit kesilapan itulah yang membawa padah.
Dalam kes ini, si gadis yang mengajar sudah tentu sudah menyerahkan segala-galanya kepada teman lelaki atas dasar mahu bahagia bersama pasanganyang belum pun lagi menjadi suami.
– PRU14.tv
Post a Comment