Patung emas gergasi Mao diroboh selepas diejek di media sosial
Patung emas gergasi Mao diroboh selepas diejek di media sosial |
Patung tersebut telah dirobohkan atas arahan pihak berkuasa tempatan, lapor New York Times.
Menurut penduduk setempat, pasukan pemusnah tiba pada pagi Khamis dan pada pagi Jumaat hanya timbunan sisa runtuhan yang tinggal.
Patung setinggi 37-meter yang dilaporkan bernilai sekitar RM2 juta itu mula dibina beberapa bulan lalu dan hampir siap ketika mula mendapat perhatian media sosial.
Kebanyakan pengguna media sosial mempersoalkan pembinaan patung yang menelan belanja besar di wilayah luar bandar yang miskin.
That giant Golden Mao statue? They've killed it. Killed it to death.pic.twitter.com/b20wSVWQ9H— Alistair Coleman (@scaryduck) January 8, 2016
best take yet I've seen on the golden mao statue pic.twitter.com/cK5SzPAxcL— Asa (@roastfacekilla) January 5, 2016
Even Mao would have thought a giant, golden statue of himself in the middle of nowhere would have been too "mad dictator" like.— Ethan James Davies (@Victimful_Crime) January 6, 2016
The golden mao statue can walk around and do great works of engineering, like damming up the three gorges— The ape of planets (@Kilgoar) January 7, 2016
Why the hell is China building a giant golden statue of Mao Zedong?? He killed 20 Million of his own people!!! #MaoZedong— Andrew White (@Atomsmasher702) January 7, 2016
China, now embarassed, is scraping its hideous golden Mao statue in famine-ravaged town. Better to have given that money to the villagers.— David Josef Volodzko (@DavidVolodzko) January 9, 2016
Penduduk setempat turut memberitahu bahawa projek tersebut merupakan idea seorang ahli perniagaan tempatan, Sun Qingxin yang membiayai projek tersebut sepenuhnya.Sun merupakan presiden Lixing Group, sebuah konglomerat yang menghasilkan mesin dan memproses makanan.
“Dia memang taksub dengan Mao,” ujar Wang, seorang penduduk kampung.
“Di kilangnya memang ada banyak patung Mao.”
Sebagai pengasas republik China, Mao memainkan peranan penting dalam menyatukan negara tersebut dan mengakhiri perang saudara yang telah berlarutan puluhan tahun.
Namun, dasar yang terlalu mementingkan sektor industri telah mewujudkan kebuluran dahsyat yang mengorbankan lebih 10 juta orang.
Ironinya, wilayah Henan yang hampir menyaksikan patung gergasi emasnya siap dibina merupakan antara wilayah paling teruk dilanda kebuluran tersebut.
“Dia memang taksub dengan Mao,” ujar Wang, seorang penduduk kampung.
“Di kilangnya memang ada banyak patung Mao.”
Sebagai pengasas republik China, Mao memainkan peranan penting dalam menyatukan negara tersebut dan mengakhiri perang saudara yang telah berlarutan puluhan tahun.
Ironinya, wilayah Henan yang hampir menyaksikan patung gergasi emasnya siap dibina merupakan antara wilayah paling teruk dilanda kebuluran tersebut.
Sumber : Awani
Post a Comment