Hari ini bermulalah kembali hari persekolahan setelah sekian lama sekolah ditutup selama sebulan lebih.. Cuti sebulan lebih tu, dah cukup lama untuk rehatkan otak budak-budak sekolah.
Cikgu Cantik Jadi Modal Bapa "Miang" Di Sekolah? |
Bukan masa untuk bermain-main lagi.. Bila sekolah mula beroperasi balik setelah lama ditutup kerana cuti, berlakulah bermacam aneka ragam. Terutamanya murid tahun satu yang baru nak masuk ke alam persekolahan sebenar..
Macam-macam kerenah diorang akan timbulkan, sampaikan ibu bapa terpaksa temankan anak-anak mereka sepanjang hari persekolahan tersebut.. Tapi itu semua perkara biasalah kan?? Ini ada satu gambar cikgu dengan pelajarnya yang tersebar di laman sosial, yang telah menarik perhatian ramai..
Sekali pandang, gambar ini biasa saja. Tetapi, apa yang membuatkan gambar tu menarik ialah status gambar tersebut.. Kononnya, gambar itu di ambil oleh si anak menggunakan telefon bimbit cikgu kelasnya bagi membuktikan kepada si bapak yang anaknya telah betul-betul hadir ke sekolah.. Ye ke ini??
Lepas itu kena hantar gambar tu ke WhatsApp si bapa.. Aik, semacam saja permintaan si bapa budak ini kan?? Kena hantar gambar bagai.. Betul ke semata-mata nak membuktikan anak dia ke sekolah??
Ataupun nak tengok gambar cikgu cantik itu sebenarnya, urm?? Cikgu itu pun boleh tahan cantiknya.. Sejuk mata yang memandang.. Hihii..
Nampaknya ini bukan setakat anak-anak saja dok buat hal, bapa pun sama! Gatal! Tak munasabah langsung, kalau nak bukti anak ke sekolah sampai macam itu sekali.. Ye tak?? Mesti ada agenda yang tersembunyi kan.. Sempat lagi nak menggatal noh.. - MissHana/Utaranews.com
Post a Comment