Top Ad 728x90

Thursday, 31 December 2015

Peniaga Di Melaka Yang Gunakan Bekas Polisterin Dan Beg Plastik Akan Didenda Mulai Esok

loading...

MELAKA: Peniaga di semua premis perniagaan yang masih menggunakan bungkusan Polisterin untuk membungkus makanan dan beg plastik bukan biodegradasi (tidak mudah terurai) di Melaka akan dikenakan denda RM250 mulai esok.

Peniaga Di Melaka Yang Gunakan Bekas Polisterin Dan Beg Plastik Akan Didenda Mulai Esok
Peniaga Di Melaka Yang Gunakan Bekas Polisterin Dan Beg Plastik Akan Didenda Mulai Esok
Perkara ini disahkan oleh EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin dimana menurut beliau amaran sudah dikeluarkan kepada semua premis di negeri berkenaan dan bermula dengan tempoh satu hari diikuti dua dan tiga hari sebelum ia dilaksanakan setiap hari berkuatkuasa 1 Januari.


"Kita sudah memberi masa mencukupi kepada semua pihak berkaitan, untuk membiasakan terhadap larangan berkenaan. Jika gagal melakukan demikian (berkuatkuasa), akan didenda RM250," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Menurut beliau lagi, penguatkuasaan ini termasuk kepada peniaga yang menyediakan bekas makanan polisterin berikutan larangannya sudah pun bermula Mei lalu sebelum ia dikuatkuasakan pada September.

"Sebelum dikuatkuasakan, kami sudah bertemu dengan peniaga, pengeluar, pembekal, pengilang, pengurus pasar raya termasuk masyarakat setempat dan ia bukan lagi satu alasan untuk tidak mengetahui perkara ini," katanya.

"Saya menyarankan pengguna supaya membawa beg membeli-belah sendiri bagi memudahkan membawa barang masing-masing. "

"Pelaksanaan ini juga demi kebaikan semua pihak, termasuk pengguna dan kami memerlukan semua pihak perbadanan untuk merealisasikannya," katanya. - Siakapkeli.my


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90