PUTRAJAYA - Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan anak remaja seorang penyanyi wanita era 80-an ditangkap ketika sedang cuba mencuri motosikal di sini baru-baru ini.
Anak penyanyi Gegar Vaganza kantoi curi motorsikal |
"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. Mereka mengaku tidak bersalah.
"Perbicaraan ditetapkan pada Feb 2016," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supt Mak Pak
Chuai yang bersara hari ini, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Deputi Superintendan Rudy Abdullah.
kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Disember, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah," katanya.
Beliau berkata, tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai. - Bernama
Post a Comment