Sultan Johor Nazar Sumbang RM1 Juta Untuk Rumah Anak Yatim

Sultan Johor Nazar Sumbang RM1 Juta Untuk Rumah Anak Yatim

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menunaikan nazarnya dengan menyumbangkan wang tunai sebanyak RM1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di negeri itu selepas kejayaan Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Akhir Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkata, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail sebenarnya yang telah bernazar untuk memberikan sumbangan kepada semua masjid di negeri itu di atas kejayaan pasukan JDT yang berjaya merangkul Piala AFC musim ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Menurut status terbaru di akaun Facebooknya, Sultan Ibrahim berkata, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail sebenarnya yang telah bernazar untuk memberikan sumbangan kepada semua masjid di negeri itu di atas kejayaan pasukan JDT yang berjaya merangkul Piala AFC musim ini.


“Tunku Mahkota Johor berkata, beliau bernazar sekiranya JDT menang Piala AFC beliau akan memberikan sumbangan kepada semua masjid di negeri ini.

“Saya memberitahunya (Tunku Ismail), saya juga telah bernazar untuk mendermakan RM1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor,” kata Sultan Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi milik Sultan Ibrahim pada jam 10.30 pagi hari ini.

Beliau yang juga sebagai seorang bapa, turut sama-sama memberi sokongan kepada anaknya itu dan beliau telah mengucapkan tahniah kepada anaknya itu atas kejayaan JDT dalam perlawanan Sabtu lalu menewaskan Tajikistan FC Istiklol dengan skor 1-0.

“Tunku Ismail sangat tersentuh dan menitiskan air mata kegembiraan.

“Beliau yang begitu gembira dengan kejayaan pasukan JDT walaupun tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan itu bersama penyokong-penyokong JDT kerana mempunyai urusan lain,” kata Sultan Ibrahim dalam status yang menerima lebih daripada 5,400 likes dan 350 komen.

Bersempena dengan kemenangan pasukan JDT itu juga, sebuah majlis khas akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada jam 8 malam ini.

Sultan Ibrahim berkata, persiapan sedang dijalankan untuk perarakan membawa Piala AFC ke semua daerah di Johor apabila Tunku Ismail kembali pulang ke tanah air pada 18 November nanti.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post