MENGERIKAN! Cebisan Mayat Mangsa Mungkin Jadi Santapan 30 Anjing

MENGERIKAN! Cebisan Mayat Mangsa Mungkin Jadi Santapan 30 Anjing

MENGERIKAN! Jiran kepada empat sekeluarga yang ditahan selaku suspek kes pembunuhan kejam di Tapah, Perak mendakwa tidak mustahil jika cebisan mayat empat mangsa turut dijadikan makanan anjing keluarga terbabit.

MENGERIKAN! Cebisan Mayat Mangsa Mungkin Jadi Santapan 30 Anjing
MENGERIKAN! Cebisan Mayat Mangsa Mungkin Jadi Santapan 30 Anjing
Hal ini kerana suspek membela kira-kira 30 ekor anjing yang sentiasa berkeliaran di sekitar bengkel membaiki bas miliknya yang terletak di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, Perak itu.



Mangsa juga dipercayai dikurung terlebih dahulu sebelum dibunuh, dibakar dan cebisan abu mereka dihanyutkan ke sungai berhampiran bengkel milik suspek.

Jika diimbas, modus operandi kes ini boleh dikatakan menyerupai kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu, melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di mana mangsa dibunuh dan dibakar atas zink sebelum tulang dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Dua daripada empat suspek kes pembunuhan di Jalan Pahang-Tapah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tapah menaiki kenderaan (Foto: Utusan)



Empat sekeluarga yang ditahan selaku suspek kes pembunuhan di Jalan Pahang-Tapah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tapah, semalam. (Foto: Utusan)



Difahamkan, suspek utama dan dua anak lelakinya memiliki perangai bengis dan gemar belagak samseng.

Media semalam melaporkan, empat orang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 2012, disyaki telah dibunuh di Jalan Pahang, Tapah oleh sekeluarga pemilik bengkel di sana.

Mangsa terdiri daripada seorang pekebun dan broker tanah berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang pada 25 Ogos lalu, seorang pengusaha bas persiaran wanita berusia 56 tahun (hilang 1 Mac 2014), jurujual alat ganti kenderaan berusia 54 tahun (hilang 15 Jun 2014) dan pekerja bengkel berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober 2012. – MYNEWSHUB.CC

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post