“Alhamdulillah" Siti tidak menyangka menjadi artis wanita pertama dipilih antara 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia 2016

“Alhamdulillah" Siti tidak menyangka menjadi artis wanita pertama dipilih antara 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia 2016

Kuala Lumpur: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak menyangka menjadi artis wanita pertama dipilih antara 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia untuk tahun 2016.

“Alhamdulillah" Siti tidak menyangka menjadi artis wanita pertama dipilih antara 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia 2016
“Alhamdulillah" Siti tidak menyangka menjadi artis wanita pertama dipilih antara 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia 2016
Mengetahui perkara itu hanya dari laman sosial dan peminat, Siti mengucapkan terima kasih dan pada masa sama sangat bersyukur atas penghargaan berkenaan.

“Alhamdulillah, saya mendapat tahu mengenai perkara ini menerusi artikel dari media sosial dan ada peminat yang kongsikan hal ini.

“Terima kasih banyak-banyak atas penghargaan ini dan semoga saya istiqamah dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada agama, bangsa dan negara,” katanya yang dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas, semalam.

Siti berkata, setakat ini dia belum ada perancangan untuk mengadakan majlis kesyukuran atau apa-apa majlis berkaitan.

Selain Siti, penyanyi Hafiz Hamidun dan kumpulan Nasyid Raihan pernah menerima anugerah yang sama.

‘The World’s 500 Most Influential Muslim edisi 2016’ adalah buku yang menyenaraikan 500 orang paling berpengaruh dalam dunia Islam dengan mengkategorikan mereka dalam pelbagai sektor termasuk ilmiah, politik, pentadbiran hal ehwal agama, pendakwah dan panduan rohani, kebajikan dan pembangunan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, qari dan qariah, media, selebriti serta bintang sukan.

Menurut themuslim500.com, penerbitan menetapkan untuk menentukan pengaruh sesetengah orang Islam perlu ada dalam masyarakat.

Pengiktirafan itu diumumkan setiap tahun sejak 2009.

Post a Comment

Previous Post Next Post