Kelmarin, ramai yang memperkatakan tindakan pengacara Melodi, Zuan Azmi atau lebih dikenali sebagai Zuan bikin panas tentang tindakan biadab beliau memuat naik gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah diubah suai di laman Instagram milik beliau.
Zuan TV3 Pohon Maaf Hina PM Di Laman Sosial Namun Di Pertikai ? |
Gambar berkenaan menunjukkan imej seorang suri rumah yang sedang menyapu rumah menggayakan poster gaya seorang model majalah Rolling Stone. Walau bagaimanapun, wajah imej berkenaan diedit menyerupai wajah Datuk Seri Mohd Najib.
Nyata tindakan ini cukup biadab dan tidak bermoral bagi seorang yang boleh dikatakan sebagai selebriti utama TV3. Sebagai seorang “public figure”, tidak perlulah menunjukkan sangat kecenderongan politik beliau kerana beliau harus sedar, beliau harus menunjukkan imej profesional sebagai tauladan kepada peminat beliau.
Untuk rekod, beliau pernah digugurkan dari produksi Mentor Legend kerana tidak boleh menerima usikan dan gurauan daripada penyanyi Mas Idayu semasa berada dibelakang pentas.
Pihak Media Prima khususnya TV3 wajar memandang berat kes seperti ini dan tindakan sewajarnya wajar diambil terhadap Zuan Azmi berikutan tindakan biadab beliau ini.
Berikutan penyebaran gambar biadab yang dimuat naik wartawan hiburan Melodi TV3, Zuan Azmi atau lebih dikenali sebagai Zuan Bikin Panas sebentar tadi telah memuat naik status permohonan maaf beliau dilaman Instagram milik beliau.
Dalam status terkini beliau, beliau memohon maaf diatas kekhilafan beliau memuat naik status menghina berkenaan dan mengakui kesalahan yang beliau lakukan sebelum ini. Walau bagaimanapun, beliau seolah-olah mengelak untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan hanya menyebut “demi menjaga kepentingan sesetengah pihak”.
Sewajarnya beliau melakukan permohonan maaf demikian kerana gambar yang dimuat naik oleh beliau kelmarin adalah gambar Perdana Menteri dan tidak seharusnya ianya dilakukan oleh orang yang “terkenal” sepertinya. Ianya seolah-olah menunjukkan beliau tidak berasa kesal dengan apa yang beliau lakukan sebelum ini.
Prinsip politik adalah perkara kedua. Paling utama adalah prinsip menghormati antara satu sama lain ditambah pula majikan yang menaungi beliau kini adalah bernaung dibawah Kerajaan. Secara tidak langsung, beliau menghina “majikan” beliau sendiri dengan memaparkan gambar yang tidak sepatutnya dimuat naik oleh beliau.
Walau bagaimanapun, beliau seolah-olah mengelak untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan hanya menyebut “demi menjaga kepentingan sesetengah pihak”. Sewajarnya beliau melakukan permohonan maaf demikian kerana gambar yang dimuat naik oleh beliau kelmarin adalah gambar Perdana Menteri dan tidak seharusnya ianya dilakukan oleh orang yang “terkenal” sepertinya.
Ianya seolah-olah menunjukkan beliau tidak berasa kesal dengan apa yang beliau lakukan sebelum ini. Prinsip politik adalah perkara kedua. Paling utama adalah prinsip menghormati antara satu sama lain ditambah pula majikan yang menaungi beliau kini adalah bernaung dibawah Kerajaan.
Secara tidak langsung, beliau menghina “majikan” beliau sendiri dengan memaparkan gambar yang tidak sepatutnya dimuat naik oleh beliau. Sumber
Post a Comment