Dulu Mereka Satu Kumpulan Raja Lawak, Sekarang Musuh Ketat?..

Dulu Mereka Satu Kumpulan Raja Lawak, Sekarang Musuh Ketat?..

Pelawak Along (Cham) meminta rakan seperjuangannya Azrul Zaidi tidak terus mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan dia sebagai punca tiada tawaran dengan mana-mana majlis atau program televisyen.

Dulu Mereka Satu Kumpulan Raja Lawak, Sekarang Musuh Ketat?..
Dulu Mereka Satu Kumpulan Raja Lawak, Sekarang Musuh Ketat?..
Memetik kenyataan di mStar online, Along berkata, perkara itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat biarpun dakwaan yang dibuat Azrul itu tidak tepat.

"Dia selalu keluarkan kenyataan terkilan dan merajuk dengan saya dan mempertikaikan kenapa saya buat sesuatu job itu dengan orang lain? Dia sepatutnya tahu sesebuah undangan itu dibuat oleh penganjur.

"Kadang-kala saya ambil tawaran menjadi pengacara majlis atas kapasiti bayaran harga 'kawan-kawan' dan tiada bayaran. Itu pun dia pertikaikan. Sampaikan saya masuk MIG dulu pun dia tidak puas hati.

"Saya hairan kenapa dia berbuat demikian sedangkan job dia lebih banyak dan saya tidak pernah pertikaikan," katanya.

Sementara itu, Along menjelaskan hubungan mereka dingin sejak berakhirnya pertandingan Raja Lawak akibat beberapa salah faham yang tidak diselesaikan.

Kataya, situasi tersebut berlanjutan sehingga ke hari ini apabila Azrul sering menyuarakan rasa tidak puas hati tanpa bersemuka dengannya.

"Hubungun kami memang sudah lama dingin dan kami tidak berhubung sejak tahun 2009 kerana ada beberapa salah faham. Saya pun tidak tahu apa sebenarnya punca ia terjadi. Apa yang sampai ke telinga dia lain dan sampai kepada saya lain pula.

"Saya ada cuba untuk berbaik, namun entah kenapa sampai sekarang gagal," ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post