Diserang Dan Diperkosa Rakan Sekerjanya, Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma

Diserang Dan Diperkosa Rakan Sekerjanya, Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma

Seorang jururawat yang koma selama 42 tahun selepas diserang dan diperkosa rakan sekerjanya di sebuah hospital di India akhirnya meninggal dunia, semalam.

Diserang Dan Diperkosa Rakan Sekerjanya, Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma
Diserang Dan Diperkosa Rakan Sekerjanya, Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma
Aruna Shanbaug mengalami serangan seksual ketika bertugas di Hospital King Edward Memorial di Mumbai pada 1973.

Semasa kejadian, Shanbaug berusia 24 tahun.

Shanbaug diserang Sohanlal Bharta Walmiki menggunakan rantai anjing sehingga memutuskan aliran darah ke otak menyebabkannya koma.

Walmiki ditangkap dan sekadar dipenjarakan selama tujuh tahun atas tuduhan menyerang dan merompak mangsa.

“Aruna Shanbaug meninggal dunia pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Dia sempat dimasukkan ke ICU dan diberi bantuan ventilator,” menurut jurucakap hospital.

Kejadian menimpa Shanbaug antara kes rogol paling sadis pernah berlaku di India, negara yang kerap berlakunya jenayah seumpama itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – The Mirror

Sumber : Sinar

Post a Comment

Previous Post Next Post