PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor hari ini mengeluarkan kenyataan yang sedikit menyindir Perdana Menteri, Najib Razak, selepas Perdana Menteri Malaysia itu gagal menghadirkan diri ke majlis #nothing2hide.
TMJ Sindir Perdana Menteri, Najib Razak Gagal Hadir Nothing2Hide |
"Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul.
"Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan dan kepercayaan terhadap anda," tulisnya dalam kenyataan tersebut.
Kegagalan Najib Razak menghadirkan diri ke majlis tersebut mendatang kritikan ramai dan ramai pengguna media sosial menyerang media sosial milik pemimpin negara itu, terutamanya Facebook Najib Razak.
- Siakapkeli.my
Post a Comment