Arab Saudi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Penjual Air Zam-Zam Di Malaysia

Arab Saudi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Penjual Air Zam-Zam Di Malaysia

Arab Saudi melalui dutanya menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang menjual air zam-zam di negara ini di ambil tindakan.

Arab Saudi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Penjual Air Zam-Zam Di Malaysia
Arab Saudi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Penjual Air Zam-Zam Di Malaysia
Ia adalah bagi salah satu cara untuk menghentikan penjualan air zam-zam palsu yang sedang berleluasa di pasaran Malaysia.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Seri Fahad Abdullah Alrashid berkata, beliau amat kecewa dengan pihak tertentu yang terlibat dalam penghasilan air zam-zam palsu berkenaan terutama pada Ramadan yang tidak lama lagi akan menjelma.

“Tindakan ini adalah pelanggaran yang jelas terhadap undang-undang dan peraturan rasmi Arab Saudi yang melarang eksport air zamzam ke luar negara.

“Malah, pelancong turut dihalang daripada membawa keluar air berkenaan dalam kuantiti yang besar untuk dikomersialkan,” katanya dipetik Harian Metro di sini.

Baru-baru ini akhbar Harian Metro telah mendedahkan sekurang-kurangnya ada tiga jenama air zam-zam palsu berada di pasaran, malah ujian kimia yang dilakukan mendapati satu daripada jenama berkenaan sudah tercemar.

Ujian terhadap tiga sampel jenama air zam-zam yang dilakukan di Melaka Biotechnology Corporation (Biotech Melaka) dimana air zam-zam tersebut dijual di pasaran pada harga RM6 hingga RM10 sebotol untuk 350 mililiter (ml) dan 500ml.

Fahad Abdullah berkata, isian semua air zam-zam dalam botol lain adalah tidak dibenarkan sekaligus ai membuktikan air zam-zam yang dijual sebenarnya bukanlah air zam-zam tulen.

“Justeru kami menggesa kerajaan mengenakan tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang menyalahgunakan air zam-zam untuk tujuan pengkomersialan,” katanya.

Sumber : SK

Post a Comment

Previous Post Next Post