SEPANG – Malaysian Airline System Bhd (MAS) akan menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula hari ini, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB).
MAS Hantar Surat Penamatan Perkhidmatan 20,000 Kakitangan |
Ketua Pegawai Eksekutifnya yang bakal dilantik Christoph Mueller dalam satu taklimat hari ini berkata 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk memutuskannya manakala pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu bermula 1 Sept.
Menyifatkan proses penyusunan semula MAS itu sebagai “pemulihan semula yang sukar’, beliau berkata model perniagaan MAB akan sebahagian besarnya komersial dengan harapan syarikat penerbangan itu akan bangkit semula menjelang 2017.
Penyusunan semula kapasiti termasuk penamatan perkhidmatan kakitangan, merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan 12 perkara MAS yang diumumkan Khazanah dalam usaha untuk mengekang kos. – BERNAMA
Post a Comment