SEPANG - Heboh di media sosial di mana seorang lelaki dikenakan saman hanya kerana pelekat lambang negeri Kelantan.
Kena Saman Sebab Sticker Kelantan Pada Nombor Plat? |
Justeru, netizen pula menganggap alasan polis trafik mengenakan saman itu tidak masuk akal dan pelik.
"Apalah polis trafik ni, saja je nak saman orang. Dah tak ada duit la tu," kata salah seorang daripada mereka.
Namun, orang ramai harus tahu bahawa:
"Jika mana-mana orang yang membuat atau mempunyai pemilikannya apa-apa tanda, plat atau dokumen yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda, plat atau dokumen yang tersebut dahulu dikira sebagai untuk memperdaya,"
* sumber Akta Pengangkutan Jalan 1987 (http://goo.gl/U3WXPf).
Berdasarkan pada gambar nombor plat kereta lelaki berkenaan, jelas sekali pelekat lambang itu dilekat pada jarak yang sangat dekat sehingga boleh mengelirukan orang lain.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menampal sebarang pelekat logo/lambang di nombor pendaftaran kenderaan masing-masing agar ianya mudah dilihat. Ini kerana, bimbang jika berlaku apa-apa, sukar untuk mengecam kereta-kereta yang terlibat dalam kejadian.
Namun, tidak dinafikan kebanyakan pemilik kenderaan sangat gemar menampal pelekat-pelekat kononnya untuk nampak cantik dan sporty. Tetapi sedarlah bahawa kereta itu masih kereta stok kilang. -
Post a Comment