Isnin lalu, laman Facebook Harimau Selatan memuat naik sebuah info mengenai negeri Johor yang memetik perjanjian antara Kerajaan Johor dengan Kerajaan British yang dinamakan Perjanjian Setia 1885.
Johor Ugut Keluar Dari Malaysia? |
Tahukah Anda?Almarhum Sultan Abu Bakar telah menandatangani satu perjanjian antara Kerajaan Johor dengan Kerajaan...
Posted by Harimau Selatan on Sunday, June 14, 2015
"Kita buat negara sendiri lagi bagus. Politik negara semakin tenat. Tempiasnya dapat kat kita semua," - Ramli Nin.
Tindakan pengendali laman Harimau Selatan memuat naik info berkenaan didakwa netizen sebagai ugutan kepada Kerajaan Malaysia berikutan perbalahan di antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
Datuk Seri Nazri minggu lalu memberikan amaran agar TMJ tidak mencampuri urusan politik atau dibelasah jika berbuat demikian. Namun, dengan sinisnya TMJ membalas,
"Ramai orang di Putrajaya nak belasah saya,".
Perbalahan ini sepatutnya berakhir apabila TMJ menegur menteri berkenaan melalui 'Mesej Untuk Rakyat Malaysia'.
Namun kedegilan Nazri pula mahu memanjangkan hal ini dengan membalas kenyataan TMJ.
Bagaimanapun, usahlah dipanjangkan lagi hal remeh temeh ini. Nazri sepatutnya berdiam diri dan mana-mana laman pro negeri Johor juga tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan. Malaysia ditubuhkan berikutan persetujuan pemimpin-pemimpin terdahulu, jadi usahlah kita memecah-belahkan masyarakt di negara ini. - THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment