Pagi tadi, beberapa daerah di negeri Sabah telah mengalami gempa bumi sederhana selama beberapa saat sahaja.
Foto Gempa Bumi Skala 6.0 Gegar Sabah Pagi Tadi |
Tiada amaran tsunami dikeluarkan tetapi beberapa tempat di Sabah iaitu sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud mengalami gegaran yang agak kuat sehingga meretakkan struktur dinding batu di rumah mereka.
Tiada kecederaan dan kerosakan serius dilaporkan tetapi ramai penduduk Sabah berkongsi pengalaman mereka di laman-laman sosial.
Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat palsu dan hanya menerima maklumat terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia sahaja.
Post a Comment