Seorang berlumuran darah di kepala akibat dihentak dengan belakang kapak manakala seorang lagi ditumbuk di muka.
Anak Derhaka Tetak Kepala Bapak Dengan Kapak |
Tidak cukup dengan itu, sebelum mengetuk kepala lelaki berkenaan, anak perempuannya itu turut me noreh tangan ayahnya de ngan pisau.
Dalam kejadian jam 10.30 malam Sabtu lalu di Taman Keladi, di sini, mangsa yang menunggu kepulangan anak perempuannya berusia 20 an kemutltan menegur suspek sebaik wanita itu sampai ke rumah.
Menurut sumber, suspek bagaimanapun memarahi mangsa dan meminta bapa tirinya itu tidak mencampuri urusan peribadinya.
“Akibatnya berlaku per- tengkaran antara mereka sebelum bertukar menjadi ganas apabila wanita itu te- rus menyerang bapa tiri nya. Suspek yang bagaikan dirasuk kemudian me ngambil pisau di dapur lalu menoreh tangan mangsa menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan,” ka tanya,
Sumber itu berkata, tidak cukup dengan itu, suspek kemudian mengambil kapak dan menghentak kepala bapa tirinya hingga berlumuran darah.
“Sok’pas puas memukul mangsa, suspek terus beredar dari kediaman itu. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan dan menerima be berapa jahitan,” katanya.
Mangsa kemudian mem- buat laporan di Balai Polis Sungai Petani dan jurucakap polis ketika dihubungi me- ngesahkan menerima laporan kejadian itu.
Sementara itu dalam kejadian kedua di KULIM, seorang bapa berusia 56 tahun menderita kesakitan selepas ditumbuk di muka ma lah cuba dilibas dengan pa rang oleh dua anak lela kinya selepas dia menegur perbuatan anaknya itu memukul adik mereka.
Tidak cukup dengan bapa, ibu mereka yang cuba me- leraikan pergaduhan turut ditumbuk hingga lebam di
muka dan badan.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Serdang jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Menurut sumber, kejadi an berpunca apabila mang sa mengetahui seorang anaknya dipukul dua anak lain berusia 20 an sebelum dia pulang ke rumah dan meminta penjelasan.
“Suspek mengaku me mukul adiknya yang didak wa mencuri telefon mereka. Mangsa menegur perbuatan mereka yang memukul adik sendiri menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan mula memaki hamun ba panya,” katanya.
Sumber itu berkata, pertengkaran itu kemudian bertukar ganas apabila ke dua-dua suspek terus me nyerang bapanya dengan menumbuk muka dan
membelasahnya.
“Malah, suspek turut me ngambil parang dan cuba melibas ke arah mangsa, namun lelaki itu sempat mengelak. Berang tidak da pat menetak bapanya, sus pek kemudian menetak motosikal mangsa hingga rosak,” katanya.
Beliau berkata, ibu suspek yang cuba meleraikan per tengkaran turut ditumbuk sebelum suspek beredar dari rumah.
Akibat kejadian itu, mangsa dan isterinya lebam di muka serta badan. Me reka kemudian membuat laporan di Balai Polis Serdang.
Jurucakap polis yang di hubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
Harian Metro
Post a Comment