'Anda Seorang Menteri, Bukannya Tuhan Dari Syurga..' - TMJ

'Anda Seorang Menteri, Bukannya Tuhan Dari Syurga..' - TMJ

MASIH belum berpenghujung pertelingkahan antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya apabila hari ini, baginda sekali lagi membidas kenyataan amaran yang dilontarkan terhadapnya.

'Anda Seorang Menteri, Bukannya Tuhan Dari Syurga..' - TMJ
'Anda Seorang Menteri, Bukannya Tuhan Dari Syurga..' - TMJ
Andai dua hari lalu Tunku Ismail bertindak menunjukkan isyarat tangan beserta bunyi ngauman harimau, hari ini, baginda memberi kenyataan balas yang betul-betul pedas dan menusuk kalbu!

Baca - Padah Nazri Aziz Disiasat Di Bawah Akta



Melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers, TMJ berkata, teguran yang dibuatnya kepada pemimpin hanyalah sekadar peringatan kepada persoalan mengapa rakyat hilang percaya terhadap mereka.

“Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?”

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIAKebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, June 14, 2015

TMJ yang menggunakan metafora ‘menteri bukan Tuhan’, turut berkata, individu yang memegang jawatan sebagai menteri bukanlah kebal daripada sebarang teguran.

“Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.

“Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia.

“Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.”

Selain itu, TMJ turut mengkritik tindakan sesetengah menteri yang tidak boleh ditegur.

Namun ujar Tunku Ismail, baginda rela dicemuh kerana mempertahankan perkara yang benar daripada disanjung kerana membela perkara yang salah.

“Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka”

Dalam masa kurang dari satu jam selepas memuat naik kenyataan tersebut, ia mendapat perhatian meluas dari pengguna laman sosial.

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji kenyataan dilontarkan TMJ, tak kurang juga yang menghentam Nazri atas pandangannya sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bawa pihak berkuasa akan menyiasat Ahli Parlimen Padang Rengas itu di bawah Akta Hasutan 1948 susulan amaran dikeluarkannya terhadap TMJ sebelum ini.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post