Mayat tercerai tiga bahagian ditemui dalam sebuah bangsal

Mayat tercerai tiga bahagian ditemui dalam sebuah bangsal

Padang Besar: Satu mayat reput dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya dibawa keluar dari kawasan perkuburan PATI di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, 3.45 petang semalam.

Mayat tercerai tiga bahagian ditemui dalam sebuah bangsal
Mayat tercerai tiga bahagian ditemui dalam sebuah bangsal
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail berkata, mayat itu dibawa turun selepas tujuh pegawai dan 24 anggota forensik polis memulakan perjalanan ke lokasi kem sekitar 9.20 pagi.

"Mayat yang tercerai dalam tiga bahagian itu ditemui dalam sebuah bangsal dalam salah satu kem PATI yang hanya terletak 1,500 meter dari kawasan sempadan Malaysia-Thailand," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Wang Klian di sini, sebentar tadi.

Tambahnya lagi, mayat reput itu ditemui dengan keadaan bahagian bawah badannya masih lengkap berkain sarung.
"Perjalanan mendaki memakan masa dua jam hingga ke puncak dan tiga jam berikutnya untuk pasukan itu melakukan pemeriksaan kepada mayat itu," katanya lagi.

Turut ditemui adalah dua pakaian panas, selimut dan seluar panjang berhampiran mayat itu.
Cebisan mayat itu dimuatkan dalam tiga beg plastik ketika dibawa keluar dari kawasan berkenaan.

"Jantina mangsa dan sebab kematian masih tidak dapat dipastikan dimana kita akan menyerahkan kepada pihak patologi untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.

Rizani menjelaskan misi pada hari ini adalah hanya untuk membawa keluar mayat itu sahaja manakala penggalian kubur dalam kawasan itu hanya akan dilakukan pada esok.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post