Johor Bahru: Satu bahagian dada dan cebisan daging dipercayai anggota badan mayat bayi yang dikerat 15 dijumpai dalam perangkap sampah loji kumbahan flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di sini, petang semalam.
Lagi cebisan daging ditemui dipercayai anggota badan mayat bayi yang dikerat 15 |
Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, cebisan daging itu dibawa ke hospital dan disahkan adalah anggota tubuh badan manusia.
Beliau berkata, setakat ini tiga pekerja kontraktor pembersihan loji itu diambil keterangan untuk membantu siasatan.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti wanita yang melahirkan bayi itu dan suspek lain sekiranya ada yang terbabit.
"Setakat ini, kepala mayat bayi berkenaan belum lagi dijumpai dan siasatan serta pencarian masih lagi dijalankan," katanya.
Metro
Post a Comment