Bekas pengurus Tegar akhirnya dedah isu gangguan seksual

Bekas pengurus Tegar akhirnya dedah isu gangguan seksual

BEKAS pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah akan mengheret ke mahkamah pihak yang menuduh dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi remaja dari Indonesia itu.

Bekas pengurus Tegar akhirnya dedah isu gangguan seksual
Bekas pengurus Tegar akhirnya dedah isu gangguan seksual
Muhammad Arif, 30, yang merupakan warga negara Singapura berkata, anak tirinya yang juga penyanyi republik itu, Sufie Rashid, 24, akan turut mengalami nasib serupa kerana bersekongkol membuat tuduhan itu tanpa bukti yang sah.

“Saya sudah puas diaibkan. Bukan saja dituduh melakukan gangguan seksual terhadap Tegar tetapi bekas anak tiri saya juga merancang agenda untuk meraih populariti dengan membuat tuduhan itu kepada saya.

“Pihak-pihak yang berkaitan akan saya heret ke mahkamah,” katanya ketika dihubungi di Singapura pada Rabu

Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibubat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufie Rashid.

Selepas insiden itu Muhammad Arif hanya berdiam diri dan kini bersedia untuk membuka mulut bagi membersihkan namanya semula.

Tegar berjaya mencipta nama apabila lagu mengisahkan kesusahan hidupnya iaitu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang menjadi popular bukan sahaja di Indonesia sebaliknya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sehingga kini, klip video lagu itu mendapat lebih 11 juta tontotan di YouTube.



Tegar (kiri) bersama penyanyi Singapura, Sufie Rashid menunjukkan laporan polis yang dibuat di Singapura pada hujung Mac lalu terhadap individu bernama Muhammad Arif Dollah atas tuduhan melakukan gangguan seksual

Bagaimana perkembangan terbaru tentang dakwaan anda melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Indonesia, Tegar?

Tegar membuat laporan di Kompleks Balai Polis Cantonment, Singapura pada 31 Mac lalu dan saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara tersebut. Saya memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak polis dan menjawab semua soalan mereka berhubung isu tersebut.

Apakah yang ditanya oleh pihak polis semasa siasatan?

Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenainya tetapi laporan yang dibuat Tegar terhadap saya langsung tiada kena mengena dengan gangguan seksual seperti hebat diperkatakan dalam media sebelum ini.

Saya juga pelik kerana perkara itulah yang dicanang-canangkan kepada media tetapi laporan polis di Singapura pula berbeza.

Pada pendapat Arif mengapa Tegar tiba-tiba mengubah ceritanya semasa buat repot polis di Singapura?

Saya sendiri tidak pasti kenapa tetapi sejak awal lagi ceritanya tidak pernah konsisten berdasarkan fakta selain sering berubah-ubah.

Tetapi dia mungkin sedar apabila seseorang itu membuat laporan di Singapura, peraturannya tiada sesiapa dibenarkan untuk bersama-samanya dan cerita diberikan kepada pihak polis langsung tidak menyebut mengenai gangguan seksual yang saya lakukan kepada dia.

Siapa sebenarnya Tegar di mata anda sebagai bekas pengurus?

Tegar adalah seorang individu yang baik dan mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap keluarganya dalam menyara kehidupan mereka.

Sebab itu saya kasihkan dia. Setiap hari sebelum tidur dia akan mengadu kepada saya tentang kebimbangan dan masalahnya. Malah sebelum tidur dia akan meminta saya membacakan doa untuknya supaya dia dapat tenang dan tabah dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang penyanyi.

Dia sangat muda untuk memahami banyak perkara dalam hidupnya tetapi pada masa sama dia tahu dia perlu berbuat demikian bagi menggembirakan orang disekelilingnya.

Tegar pernah memberitahu saya dia ingin berhenti menyanyi kerana enggan lagi dipergunakan oleh keluarga dan orang disekelilingnya

Pelbagai tuduhan dilemparkan Tegar terhadap anda. Apa perasaan sebenar anda terhadap dia sekarang?

Jujur saya kasihan kepada dia kerana saya tahu segala cerita disebalik apa yang berlaku dalam hidupnya. Saya orang paling rapat dengan dia sebelum ini. Ramai yang marahkan saya kerana berasa simpati dan kasihan kepadanya tetapi saya tahu dia juga mangsa dalam hal ini demi kepentingan pihak tertentu.

Tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap remaja bawah umur bukan sesuatu yang ringan. Apakah impak terhadap anda sehingga hari ini?

Banyak impaknya, kerana 70 peratus yang membaca atau mendengar cerita tersebut mempercayai saya melakukannya dan dari segi profesional ia menutup periuk nasi saya. Saya bukan baru dalam bidang ini tetapi ia kali pertama berlaku terhadap saya.

Jika benarlah saya melakukan perbuatan terkutuk itu kenapa baru sekarang Tegar membuka mulut? Wahal saya sudah bersama dia selama setahun dan dia ada peluang yang cukup banyak untuk mendedahkan perbuatan saya.

Ada satu tuduhan mengatakan Tegar tak selesa apabila anda mengajaknya mandi bersama termasuklah meletakkan kemaluan anda pada badannya. Apa komen anda?

Saya sangkal mengenai dakwaan tersebut. Buktikanlah! Ada juga tuduhan mengatakan saya meliwatnya tetapi kenapa tidak membuat pemeriksaan di hospital?

Kami tidur di hotel bukannya berdua malah turut ditemani oleh pembantu. Mana mungkin saya dapat lakukan perkara itu dengan adanya orang lain di dalam bilik yang sama. Seperti saya katakan, semua tuduhan itu ada niat jahat dan menjadikan saya sebagai kambing hitam!

Anda tahu siapa dalang disebalik semua ini?

Saya tahu tetapi saya mahu lihat terlebih dahulu sejauh mana mereka ingin menjatuhkan saya. Segala bukti ada di tangan saya namun saya tidak akan dedahkan buat masa sekarang.

Tambahan pula saya tidak mahu menggangu siasatan yang sedang berlangsung di Singapura dan tidak memburukkan lagi keadaan tetapi saya akan dedahkan juga nanti.

Itu soal Tegar. Bagaimana pula dengan tuduhan bekas anak tiri anda iaitu Sufie Rashid (penyanyi Singapura) yang dikatakan menjadi mansga liwat anda semasa dia berusia 13 tahun?

Pada saya mudah, Sufie mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan terhadap apa yang menimpa Tegar untuk menaikkan namanya di kalangan peminat di Malaysia memandangkan dia baharu sahaja muncul dengan lagu terbaharunya. Jika benar dakwaan dia, mengapa baharu sekarang dia hendak membuat dakwaan tersebut? Mengapa tidak dari dahulu lagi dia laporkan kepada polis?

Sebenarnya dia ada peluang untuk berbuat demikian pada 2011 apabila bekas isteri saya iaitu ibunya membuat laporan polis terhadap saya apabila menuduh saya memukulnya.

Dia boleh ikut ibunya untuk membuat laporan itu terhadap saya atau mengadu kepada bapa kandungannya, tetapi tidak pula dia berbuat demikian.

Kenyataan bercanggah Sufie kepada media Malaysia dan Singapura agak menggelirukan. Apa sebenarnya hubungan anda dengan ibunya?

Dia menerusi satu kenyataan mengatakan saya rapat dengan ibunya dan meminta jangan persoalkan ikatan sebenar saya dan wanita tersebut. Sebenarnya tujuh tahun kami hidup bersama. Kalau kami tidak berkahwin, itu apa?

Adakah anda akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan anda menerusi dakwaan terkutuk itu?

Sudah tentu! Ada tiga pihak yang akan saya ambil tindakan bagi membersihkan bukan sahaja nama saya tetapi keluarga yang turut terjejas dalam hal ini.

Buat masa ini saya tidak boleh dedahkan secara lanjut tetapi salah seorang yang akan saya ambil tindakan adalah Sufi, bekas anak tiri saya sendiri. Tunggulah masanya nanti -MSTAR

Post a Comment

Previous Post Next Post