Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham akibat kemalangan kecil, seorang lelaki cedera teruk dibelasah menggunakan sebatang kayu besar oleh pemilik kenderaan yang dilanggarnya.
Tiada Maaf Bagimu! Rentetan Seorang Lelaki Cedera Teruk Dibelasah Menggunakan Sebatang Kayu |
Melalui rakaman itu, mangsa lelaki yang berusia lingkungan 50-an cuba memohon maaf kepada seorang lelaki berusia 30-an sejurus kereta dipandu melanggar kereta suspek.
Bagaimanapun suspek lelaki bertindak menendang perut mangsa hingga menyebabkan mangsa hampir terjatuh.
Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa berang sebelum mencari sesuatu di kawasan berhampiran.
Mangsa kemudian mengambil sebatang kayu sebelum mengejar suspek mengelilingi sebuah kereta.
Mangsa dan suspek kemudian berbalas hayunan kayu sebelum suspek memukul kepala mangsa menggunakan sebatang kayu lain.
Hentaman kuat itu menyebabkan mangsa terkulai serta-merta di tayar kereta berhampiran.
Bagaimanapun orang ramai yang berada di lokasi kejadian hanya melihat gelagat kedua lelaki terbabit tanpa menghulurkan bantuan.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki kemudiannya memarahi suspek dan mengarahkan berhenti menyerang mangsa.
Mangsa yang disangkakan sudah mati bagaimanapun bangkit dan masuk ke dalam kenderaannya dalam keadaan terhuyung-hayang.
Rakaman berdurasi 2.03 minit yang menjadi viral sejak pagi semalam bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian.
Polis daerah Petaling Jaya yang dihubungi berkata, polis masih menyiasat penyebaran viral itu berikutan tiada laporan diterima setakat ini.
Metro
Post a Comment